Kes terbaru kematian dari virus Mers di Riyadh, Arab Saudi tidak nampak memberi kesan terhadap kelancaran Wuquf di Arafah mahupun Mabit di Masya’er bermula 9 Zulhijjah Ahad ini.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi pada Khamis (10 oktober) mengumumkan kematian dua warga Arab Saudi, menjadikan 51 jumlah kematian di negara ini yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi kemuncak Haji.

Sementara itu, keadaan kesihatan jemaah Malaysia berada di tahap memuaskan dengan menjelang hampirnya hari Wuquf bermula Ahad ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang kini berada di Makkah memberitahu terdapat 67 orang jemaah haji Malaysia yang sedang menerima rawatan di hospital dan pusat rawatan Tabung Haji mahupun hospital tempatan.

Klik video untuk berita penuh.