Restoran dan bar hanya boleh dibuka kepada pelanggan bermula 1 Jun ini.
Majoriti pengusaha mendakwa sebanyak 2,000 dari 7,000 restoran dan bar di bandar berkenaan mungkin tidak dapat bertahan lama.
![Majoriti pengusaha mendakwa sebanyak 2,000 dari 7,000 restoran dan bar di bandar berkenaan mungkin tidak dapat bertahan lama](http://img.astroawani.com/2020-05/81588774142_freesize.jpg)
Mereka mendesak agar cukai diturunkan sehingga mereka mampu bertahan dari kekurangan pendapatan sejak sekatan dilaksanakan pada 24 Februari, lalu.
Pendapatan mereka menurun sekurang-kurangnya 70 peratus selepas restoran dan bar kembali beroperasi dengan bersyarat.
Jutaan rakyat Itali dibenarkan bekerja dan memulakan semula operasi perniagaan selepas menjalani perintah lockdown sejak Februari lalu.