KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia komited dalam kerjasama membangun, mengekalkan dan terus memperkukuh hubungan baik antara kedua negara.
Komitmen itu dinyatakan Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam pertemuan bersama rakan sejawatannya Retno Marsudi di Jakarta pada Ahad.
"Saya dan Ibu Retno turut mengulangi bahawa Indonesia dan Malaysia perlu membangun, mengekalkan dan terus memupuk hubungan baik antara kedua-dua buah negara.
"Dalam ucapan saya juga menyentuh dan menyeru institusi akademik untuk menggalakkan hubungan baik dan saling menghormati kedua-dua negara seperti yang terkandung dalam Piagam ASEAN.
"Serta menyeru sektor swasta untuk bekerjasama dan membangunkan perkongsian strategik dengan institusi akademik melalui aktiviti yang dibiayai kedua-dua pihak melalui penyelidikan kolaboratif dan selanjutnya boleh memberikan khidmat nasihat kepada kerajaan," jelasnya dalam kenyataan pada Ahad.
Terdahulu, Zambry dan Retno bersama-sama melancarkan kerjasama antara Pusat Kajian Ikatan Malaysia – Indonesia (IKMI) Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Program Pengajian Indonesia – Malaysia (IMSP) di Pusat untuk Pengajian Asia Timur, Universitas Prasetiya Mulya Indonesia.
Majlis pelancaran itu diadakan di Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur (ERIA) di Senayan.
"Kerjasama kedua-dua universiti itu mencapai kemuncak sebagai hasil daripada lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jakarta pada Januari 2023 dan lawatan Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia pada Jun 2023.
"Semasa lawatan ke Jakarta, Anwar menyeru Indonesia dan Malaysia untuk terus bekerjasama dalam isu serantau bagi menjamin kepentingan politik dan ekonomi kedua-dua negara," jelasnya.
Fareez Azman
Sun Sep 03 2023
Komitmen itu dinyatakan Zambry dalam pertemuan bersama rakan sejawatannya Retno Marsudi di Jakarta pada Ahad. - Gambar Kementerian Luar
Pilihan raya UK: Keir Starmer bakal dilantik sebagai PM hari ini?
Keir Starmer akan menjadi Perdana Menteri UK yang baharu hari ini selepas Raja Charles III secara rasmi menjemput untuk membentuk kerajaan.
PRK Nenggiri: Pemuda UMNO taruh harapan orang muda bertanding
Dr Akmal berkata, orang muda lebih mudah mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk bangunkan kawasan.
Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam
Presiden Joe Biden beritahu Demokrat beliau perlukan lebih banyak tidur dan rancang untuk tidak hadir mana-mana acara selepas 8 malam.
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Agong zahir ucapan tahniah kepada Tharman
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tharman Shanmugaratnam yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Singapura kesembilan semalam.
Kerjasama UKM dan UPMI perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia - Zambry
Malaysia dan Indonesia komited dalam kerjasama membangun, mengekalkan dan terus memperkukuh hubungan baik antara kedua negara.