KUALA LUMPUR: Menteri-menteri Luar ASEAN mengulangi pendirian untuk mengekalkan kerjasama dan keamanan di Laut China Selatan pada sesi Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan pada Khamis di Phnom Penh, Kemboja.
Untuk mencapai tujuan itu, ASEAN menyeru agar semua pihak mengelak mengambil sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan di Laut China Selatan dan menggesa usaha dilakukan untuk menangani pertikaian selaras dengan undang-undang antarabangsa dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.
Mengenai situasi di Myanmar, negara-negara ASEAN berpendapat bahawa perlunya perbincangan mendalam mengenai isu ini, lapor Agensi Berita Vietnam.
Negara-negara itu mengisytiharkan mereka akan terus menjalinkan hubungan dengan Myanmar di bawah semangat ASEAN, dan berusaha untuk melaksanakan Konsensus Lima Perkara dan bekerjasama dengan Myanmar untuk mencapai penyelesaian kepada krisis yang sedang melanda.
Dalam mesyuarat ASEAN+1 dan ASEAN+3, haluan telah ditetapkan untuk menggalakkan kerjasama menerusi peranan utama yang dimainkan oleh ASEAN dalam hubungan serantau.
ASEAN dan rakan kongsinya bersetuju bahawa dialog dan kerjasama mampu menjamin keamanan, kestabilan, pembangunan mampan dan kemakmuran.
Sehubungan itu, pihak yang terlibat bersetuju untuk meningkatkan kerjasama ke arah pemulihan secara menyeluruh dan mampan selepas pandemik COVID-19.
ASEAN mengharapkan rakan kongsi di Asia Timur untuk menjalin kerjasama secara meluas dalam bidang seperti kesihatan awam, transformasi digital, teknologi inovatif, infrastruktur pintar, kualiti sumber manusia dan pembangunan hijau dan mampan.
Negara-negara terbabit juga ingin mengukuhkan kerjasama dalam bidang lain, termasuk tindak balas perubahan iklim, perlindungan alam sekitar, pemuliharaan biodiversiti, dan penggunaan sumber marin.
ASEAN juga mengesahkan sokongan mereka terhadap dasar "Satu China", menekankan kepentingan pematuhan kepada prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara (TAC).
Selain itu, ASEAN turut menekankan kepentingan dialog dalam menangani isu nuklear di Semenanjung Korea, khususnya dalam konteks ujian peluru berpandu balistik baru-baru ini.
ASEAN percaya bahawa pelucutan senjata nuklear Semenanjung Korea harus berdasarkan kawalan kendiri, sikap saling menghormati dan paling penting, pelaksanaan penuh resolusi berkaitan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Menteri-menteri Luar ASEAN mengulangi pendirian untuk mengekalkan kerjasama dan keamanan di Laut China Selatan pada sesi Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan pada Khamis di Phnom Penh, Kemboja. - Gambar fail

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA