SEORANG wanita terkilan dengan tindakan syarikat penerbangan Emirates yang meminta dia turun dari pesawat hanya kerana mengadu mengalami senggugut.
Beth Evans, 24 tahun, bersama teman lelakinya, Joshua Moran, 26 tahun, diminta berbuat demikian ketika menaiki pesawat itu dari Birmingham untuk bercuti di Dubai, minggu lalu.
Beberapa minit sebelum pesawat berlepas, seorang kru kabin mendengar Evans memberitahu teman lelakinya yang dia mengalami sakit perut yang teruk akibat senggugut.
"Saya kemudiannya disoal oleh kru dan ia sangat memalukan. Saya beritahu mereka, memang perut saya tidak selesa tapi saya tidak kisah untuk melalui tujuh jam penerbangan," kata Evans seperti yang dipetik portal The Sun.
Pasangan itu yang berhabis 400 pound sterling (RM2,177) untuk membeli tiket penerbangan tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menempah semula tiket yang berharga 250 pound sterling (RM1,360).
Dalam pada itu, jurucakap syarikat penerbangan itu berkata tindakan tersebut terpaksa diambil kerana pihak syarikat tidak mahu mengambil risiko, apatah lagi dengan ketiadaan doktor di dalam pesawat.
"Kapten membuat keputusan untuk meminta bantuan perubatan dan meminta penumpang turun supaya dia dapat menerima bantuan perubatan.
"Kami tidak mahu membahayakan penumpang dengan menangguhkan bantuan perubatan yang sepatutnya diterima," kata jurucakap itu.
Agensi
Tue Feb 20 2018
Jurucakap Emirates memaklumkan tindakan tersebut terpaksa diambil kerana pihak syarikat tidak mahu mengambil risiko.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Kerana senggugut, Emirates arahkan penumpang turun dari pesawat
Jurucakap Emirates memaklumkan tindakan tersebut terpaksa diambil kerana pihak syarikat tidak mahu mengambil risiko.