BAITULMAQDIS: Kerajaan gabungan Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad mendakwa Duta Amerika Syarikat (AS) Tom Nides campur tangan dalam hal ehwal dalaman Israel.
Nides dikatakan menggesa Netanyahu memperlahankan rancangannya untuk menambah baik sistem kehakiman yang telah mencetuskan protes besar-besaran di Israel sejak beberapa minggu lalu, lapor Agensi Anadolu.
Bagaimanapun, Parti Likud pimpinan Netanyahu berkata reformasi kehakiman tidak melibatkan utusan AS.
Ahli Parti Likud yang juga Menteri Diaspora Amichai Chikli dalam satu kenyataan berkata: "...jaga urusan negara sendiri."
Beribu-ribu rakyat Israel turun ke jalan raya sejak beberapa minggu lalu untuk membantah rancangan reformasi kehakiman Netanyahu.
Pelan pembaharuan itu dicadangkan oleh Menteri Kehakiman Yariv Levin dan jika ia digubal, reformasi itu akan menjadi perubahan paling radikal yang pernah ada dilakukan dalam sistem pemerintahan di Israel.
Perubahan yang dirancang itu akan mengehadkan kuasa Mahkamah Agung sebaliknya memberi kerajaan kuasa untuk memilih hakim dan menamatkan pelantikan penasihat undang-undang ke kementerian oleh peguam negara.
Bagaimanapun, Netanyahu yang sedang dibicarakan kerana rasuah menegaskan bahawa pembaharuan itu akan memperkukuh lagi demokrasi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
Parti Likud pimpinan Netanyahu (gambar) berkata reformasi kehakiman tidak melibatkan utusan AS. - Fail/REUTERS
Ibarat acara tahunan selama 25 tahun
Hujan lebat berterusan tanpa henti sejak awal pagi Jumaat menjadi antara faktor banjir melanda di Taman Aman dan Taman Mawai, Kota Tinggi, Johor.
Jumlah mangsa terjejas terus meningkat
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat menghampiri 2,000 orang dengan Johor menyumbang angka tertinggi.
PM nafi tumpu Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan
Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
63 sekolah persendirian Cina terima lebih RM20 juta
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan lebih RM20 juta untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara pada tahun ini.
Mayat kanak-kanak autistik ditemui dalam sungai
Jasad seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun yang dikhuatiri hilang ditemui lemas di Sungai Kedah.
Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis telah mendapat kebenaran untuk menyambung reman seorang pengurus akaun badan berkanun kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan wang untuk kegunaan peribadi bernilai kira-kira RM600,000.
‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ – PM
Anwar hairan mengapa beliau dipersalahkan sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan
Negara mampu jimat RM300 juta jika projek penanaman bawang berjaya - Mohamad Sabu
Negara mampu menjimatkan kira-kira RM300 juta jika projek penanaman bawang di dalam negara berjaya direalisasikan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
Duta Palestin sambut baik sokongan Malaysia untuk Palestin
Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali memuji kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas solidariti mereka yang tidak berbelah bahagi dengan rakyat Palestin.
Kerajaan gabungan dakwa duta AS campur tangan urusan dalaman Israel
Kerajaan gabungan Israel di bawah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad mendakwa Duta Amerika Syarikat (AS) Tom Nides campur tangan dalam hal ehwal dalaman Israel.