WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pelaksanaan beberapa lagi sekatan baharu berhubung pasukan separa tentera Wagner Rusia di Afrika, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Jabatan Negara AS pada Selasa berkata sekatan dikenakan ke atas beberapa organisasi di Republik Afrika Tengah (CAR) kerana hubungan mereka dengan Wagner.
"Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas beberapa entiti di Republik Afrika Tengah hari ini berhubung kaitan mereka dengan organisasi jenayah transnasional yang dikenali sebagai Kumpulan Wagner, dan atas penglibatan mereka dalam aktiviti yang menjejaskan proses dan institusi demokrasi dalam CAR melalui perdagangan haram sumber asli negara itu," menurut kenyataan jabatan itu.
Selain itu, seorang warga Rusia yang bekerja sebagai pengurus Wagner di Mali, Afrika Barat juga dimasukkan dalam senarai sekatan.
"Di mana-mana sahaja Wagner bekerja, berlaku kematian dan kemusnahan," menurut kerajaan AS.
Perbendaharaan AS berkata Wagner telah melakukan "penyalahgunaan hak asasi manusia secara meluas selain merampas sumber semula jadi" di beberapa negara di Afrika.
"Pasukan tentera proksi Kremlin atau Kumpulan Wagner, menjalankan operasi tempur di seluruh dunia, termasuk perang Rusia di Ukraine," menurut Perbendaharaan dalam satu kenyataan.
Mana-mana aset mereka yang dikenakan sekatan di AS akan dibekukan dan warga AS dilarang menjalankan perniagaan dengan mereka. Pada Januari, Washington menetapkan bahawa Wagner merupakan "organisasi jenayah transnasional yang penting".
Masa depan Wagner dan ketuanya belum diketahui berikutan pemberontakan pada hujung minggu, yang menyaksikan tentera Wagner menduduki bandar Rostov-on-Don di selatan Rusia dan kemudian berarak ke arah Moscow.
Dalam perjanjian untuk meredakan pemberontakan, ketua Wagner Yevgeny Prigozhin ditawarkan perlindungan di Belarus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Pemberontakan pada hujung minggu lalu yang menyaksikan tentera Wagner menduduki bandar Rostov-on-Don di selatan Rusia dan kemudian berarak ke arah Moscow. - Fail/AP
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Penjawat awam Pulau Pinang terima BKK setengah bulan gaji
Bantuan berkenaan akan dibayar pada bulan depan yang melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM6.88 juta.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
Serpihan bom tangan ditemui dalam mayat Prigozhin - Putin
Presiden Rusia Vladimir Putin mengulas mengenai nahas pesawat yang mengorbankan ketua kumpulan tentera upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin.
Tentera Wagner ditawar terus berperang di Ukraine
Askar upahan itu yang bertempur bersama Tentera Rusia mendapat perhatian terutama semasa pertempuran sengit di sekitar bandar timur Bakhmut.
AS kenakan lebih banyak sekatan ke atas sekutu Wagner di Afrika
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pelaksanaan beberapa lagi sekatan baharu berhubung pasukan separa tentera Wagner Rusia di Afrika.