Ringkasan AI
- Ratusan ribu kanak-kanak di Semenanjung Gaza akan diberi vaksin polio bermula Ahad.
- Proses ini melibatkan hospital, doktor pembedahan, dan pasukan bergerak yang akan memvaksinasi 640,000 kanak-kanak dalam beberapa hari akan datang.
- Matlamat utama adalah untuk menjangkau lebih 90% kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.
- Dua dos vaksin diperlukan dengan selang empat minggu untuk memberikan imunisasi penuh terhadap virus polio.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hospital, doktor pembedahan dan pasukan bergerak akan memulakan proses imunisasi terhadap 640,000 kanak-kanak terhadap virus yang menyebabkan polio dalam beberapa hari akan datang.
Dua dos vaksin yang memberikan imunisasi penuh harus diberikan dengan selang empat minggu.
Matlamatnya adalah untuk menjangkau lebih 90 peratus kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Untuk tujuan ini, akan ada penangguhan sementara dan setempat dalam kempen berkenaan.
Dos vaksin pertama diberikan pada sidang media yang dianjurkan pihak berkuasa kesihatan di Semenanjung Gaza pada Sabtu. Ia adalah upacara perasmian, kata WHO.
-- BERNAMA