Rebecca Arthur, 17, disyaki berada dalam keadaan bahaya kerana menghilangkan diri sejak dia menaiki penerbangan ke Maghribi pada Selasa lalu.
Gambar diperoleh dari Facebook Rebecca Arthur
Menurut pihak polis, mereka bimbang remaja itu mungkin merancang untuk bertemu dengan teman lelaki Facebooknya, seorang yang dikenali sebagai Simo El Adala.
Gambar diperoleh dari Facebook Simo El Adala
Rebecca - yang berasal dari Connecticut, New England - dilapor mendarat di Casablanca selepas dihantar ibunya ke lapangan terbang antarabangsa JFK pada Isnin.
Menurut ibunya, Rebecca memberitahu yang dia ingin ke California untuk bertemu dengan kawannya. Tetapi, hakikatnya, anaknya itu telah menaiki penerbangan ke Morocco.
Motif untuk lawatan Rebecca masih belum jelas, tetapi polis mengesyaki dia telah berhasrat untuk bertemu dengan El Adala yang disenaraikan sebagai ‘in relationship’ (sedang menjalin hubungan) dengan Rebecca sejak Februari di Facebook.
Gambar diperoleh dari Facebook Simo El Adala
Polis berkata: "Kami tidak tahu jika lelaki berkenaan adalah seseorang yang nyata."
Pihak FBI dan Keselamatan Dalam Negeri telah diminta untuk membantu polis tempatan mencari remaja yang berambut perang itu.
Remaja berkenaan dilaporkan hilang pada Rabu oleh ibunya selepas dia gagal untuk menghubungi Rebecca.