GENEVA: Bilangan jururawat di seluruh dunia semakin berkurangan dan terdapat juga ketidakseimbangan apabila negara-negara barat meningkatkan pengambilan pekerja penjagaan kesihatan dari Afrika dan negara-negara miskin lain.
Menurut Majlis Jururawat Antarabangsa, ramai jururawat keletihan akibat wabak COVID-19 dan kadar jangkaan untuk berhenti kerja dalam tempoh setahun telah meningkat dua kali ganda kepada 20 hingga 30 peratus.
Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan itu, Howard Catton yang mewakili 27 juta jururawat dalam 130 persatuan kebangsaan.
Beliau berpendapat kerajaan perlu memikirkan pakej sokongan hayat bagi langkah-langkah yang perlu mereka susun untuk melabur dalam jururawat dan pekerja penjagaan kesihatan mereka tahun depan.
Sekurang-kurangnya 115,000 jururawat seluruh dunia telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Tetapi Catton berkata angka Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari permulaan wabak hingga Mei adalah konservatif dan angka sebenar mungkin dua kali ganda.
Tambahnya, sudah terdapat kekurangan global 6 juta jururawat pra-pandemik dan kira-kira 4.75 juta jururawat akan bersara dalam beberapa tahun akan datang.
Secara purata, negara kaya mempunyai hampir 10 kali ganda kadar jururawat dari segi populasi mereka berbanding negara miskin, tetapi ramai yang merekrut di luar negara untuk kakitangan hospital mereka.
Kata Catton lagi, pihaknya benar-benar melihat peningkatan aktiviti pengambilan oleh UK dan Jerman sebagai contoh di Eropah, Amerika Syarikat dan Kanada serta Amerika Utara.
Beliau menambah bahawa negara-negara Afrika seperti Kenya, Uganda, Nigeria sedang melihat jururawat mereka diambil.
Astro Awani
Sat Dec 11 2021

Sekurang-kurangnya 115,000 jururawat seluruh dunia telah meninggal dunia akibat COVID-19. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

YKN gerak inisiatif Bilik Kasih Wanita - Nancy
Yayasan Kebajikan Negara bakal menubuhkan Bilik Kasih Wanita di Hospital Umum Sarawak sebagai ruang rehat khas untuk jururawat wanita hospital itu.

KKM tingkat bilangan jururawat pelatih penuhi keperluan industri
Ia melibatkan permohonan daripada anak-anak Sabah, selain menambah kuota jururawat lelaki dan menggalakkan penyertaan pelbagai kaum.

Jururawat mengaku tidak bersalah sebabkan kematian bayi berusia sebulan
Nur Ain Natasha Mohd Sabri, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Jururawat direman seminggu bantu siasatan kematian bayi
Perintah reman hingga Selasa depan terhadap wanita berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Hukuman mati bekas pekerja kilang papan bunuh, rogol jururawat diganti penjara 40 tahun
Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati seorang bekas pekerja kilang papan dengan penjara 40 tahun kerana membunuh dan merogol seorang jururawat sembilan tahun lepas.

Jururawat rugi RM88,700 akibat "phone scam"
Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Jururawat tidak sangka mangsa kemalangan sepupu sendiri
Petugas di Klinik Kesihatan Ayer Tawar itu berkata, menerusi panggilan diterima, kemalangan itu melibatkan sembilan mangsa cedera.

Wujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas depani negara menua - Senator
Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan agar kerajaan mewujudkan jawatan jururawat pengasuh warga emas sebagai persediaan mendepani cabaran Negara Menua 2030.

KKM nafi jururawat akan disuntik vaksin Virus X
KKM memaklumkan, maklumat berkenaan tidak tepat dan disifatkan tidak bertanggungjawab.

Britain: Jururawat didapati bersalah bunuh 7 bayi di hospital
Seorang jururawat Lucy Letby didapati bersalah membunuh tujuh bayi dalam unit neonatal ketika bekerja di Hospital Countess of Chester di barat laut England.