SAN FRANCISCO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-30 dari 14 hingga 17 Nov 2023, mencerminkan cadangan penglibatan aktif Putrajaya dalam forum serantau.
"Kehadiran Perdana Menteri mencerminkan cadangan penglibatan aktif Malaysia pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-30 dan akan menyumbang ke arah usaha menangani isu-isu yang kritikal di peringkat serantau, terutamanya di Asia Pasifik," menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan hari ini.
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) merupakan forum ekonomi serantau dengan 21 ekonomi anggota.
AELM, bertemakan "Mewujudkan Masa Depan yang Berdaya Tahan dan Mampan untuk Semua", akan menyaksikan Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pegawai kanan kerajaan.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan akan turut mengetuai delegasi Malaysia pada Dialog Tidak Rasmi Pemimpin Ekonomi APEC bersama tetamu, iaitu pemimpin Colombia, Fiji dan India, Dialog Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) dengan Pemimpin Ekonomi APEC dan Pemukiman Pemimpin Ekonomi APEC.
Acara ini akan menjadi peluang kepada Perdana Menteri untuk menyatakan perspektif Malaysia mengenai ekonomi global semasa dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau yang mendesak dengan pemimpin APEC yang dihormati, Ketua Pegawai Eksekutif yang berpengaruh dan usahawan yang berjaya.
Menurut MITI, Tengku Zafrul juga akan mengiringi Perdana Menteri ke Mesyuarat Pemimpin Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) Kedua, yang dianjurkan di luar AELM, pada 16 Nov.
IPEF, rangka kerja kerjasama 14 negara di Indo-Pasifik, telah ditubuhkan di bawah pentadbiran Presiden AS Joe Biden untuk menangani isu ekonomi jangka panjang, membolehkan rakan kongsi memberi respons dengan segera dan seiring dengan cabaran dan peluang global baharu.
Anwar turut dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatannya untuk mengukuhkan hubungan dua hala, bertukar-tukar idea untuk meningkatkan integrasi ekonomi dalam kalangan ekonomi APEC serta membincangkan cara perdagangan dan pelaburan boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian dalam mengurangkan impak kerumitan geopolitik dan geoekonomi.
Perdana Menteri bertemu Google, Enovix dan TikTok
Tengku Zafrul berkata: "Memanfaatkan kehadiran Perdana Menteri di San Francisco, MITI telah mengatur pertemuan dengan pengurusan tertinggi Google, Enovix, Microsoft dan TikTok di luar acara AELM."
"Pertemuan ini bertujuan untuk memuktamadkan pelaburan berpotensi yang akan mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi di Malaysia, selaras dengan strategi dan matlamat yang digariskan dalam Rangka Kerja Ekonomi Madani dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030)," katanya.
Bersempena kehadirannya di San Francisco, Anwar juga akan menyampaikan syarahan umum mengenai "Superpower Rivalry and Rising Tensions in the Asia-Pacific - The View from Southeast Asia" di Berkeley University pada 14 Nov.
Selain itu, pertemuan dengan diaspora Malaysia yang berada di San Francisco akan dianjurkan pada 17 Nov untuk memberi peluang kepada Perdana Menteri berkongsi idea dan visinya di bawah Kerangka Malaysia Madani.
Dalam peranannya sebagai pengerusi APEC pada 2023, Amerika Syarikat (AS) akan menganjurkan AELM, mesyuarat APEC kedua terakhir pada tahun ini. APEC 2023 merupakan kali ketiga AS menganjurkan AELM, selepas penganjuran sebelum ini di Blake Island (1993) dan Honolulu (2011).
Pada tahun ini, AS menjangka untuk menerima pakai 2023 Golden Gate Declaration Pemimpin APEC yang akan menjadi bukti kepada komitmen rantau ini untuk menangani cabaran global dan memacu usaha APEC ke arah merealisasikan Visi Putrajaya 2040.
Deklarasi pemimpin yang dikeluarkan menggariskan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ekonomi APEC, terutamanya dengan cabaran yang berterusan, termasuk krisis iklim dan gangguan rantaian bekalan.
AS dan Malaysia adalah antara 12 anggota pengasas APEC. Negara lain ialah Australia, Brunei, Kanada, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand.
Ini diikuti China, Hong Kong, Taiwan, Mexico dan Papua New Guinea pada 1993. Chile menyertainya pada tahun 1994 dan pada 1998, Peru, Rusia dan Vietnam menyertainya, menjadikan keanggotaan penuh kepada 21 ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023

AS dan Malaysia adalah antara 12 anggota pengasas APEC. Negara lain ialah Australia, Brunei, Kanada, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand. - Gambar Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

APEC kembali ke Korea Selatan selepas 20 tahun, tumpukan inovasi, pendigitalan, kemampanan
Korea Selatan yang akan menjadi tuan rumah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun ini untuk kali pertama dalam tempoh 20 tahun, akan memfokuskan kepada inovasi, pendigitalan dan kemampanan.

Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.

China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.

Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.

Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.

Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.

Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.

APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.

Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."

Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.