NEW YORK: Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis yang diduduki.
Laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan peningkatan insiden melibatkan peneroka haram yang diiringi pasukan keselamatan penceroboh dalam menyerang komuniti Palestin.
Laporan itu secara khusus memetik kejadian pada Sabtu yang menunjukkan kematian seorang warga Palestin, sama ada disebabkan oleh tembakan tentera Israel atau tembakan peneroka, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Selain itu, tiga individu lain turut cedera dalam serangan yang dilakukan oleh peneroka Yahudi itu di bandar Qarawat Bani Hassan di Salfit.
Laporan itu menjelaskan bagaimana peneroka haram bersenjata diiringi oleh askar penceroboh menghampiri pinggir sebuah kampung sebelum membaling batu, bom petrol dan menembak kediaman penduduk Palestin.
Serangan-serangan itu mengakibatkan sebuah kediaman terbakar selain kerosakan teruk kepada rumah penduduk lain.
Keganasan berikutnya juga direkodkan, termasuk serangan oleh peneroka Yahudi bersama tentera Israel dengan menyerang rumah-rumah dan kenderaan penduduk Palestin di kampung Madama (Nablus).
Sejak 7 Okt, OCHA mendokumenkan sebanyak 308 serangan oleh peneroka Israel ke atas rakyat Palestin, mengakibatkan kecederaan dan kerosakan harta benda yang meluas.
Di tengah-tengah keganasan itu, sekurang-kurangnya 143 keluarga Palestin terdiri daripada 1,014 individu termasuk 388 kanak-kanak terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Pada masa sama, ketegangan semakin memuncak di bandar Qalqilya menyaksikan tentera penceroboh melancarkan operasi sehingga berlakunya kejadian berbalas tembakan dengan rakyat Palestin.
Semasa operasi itu, tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin.
Sementara itu, laporan berkenaan turut mendedahkan seramai 246 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak terbunuh dalam keganasan pasukan keselamatan Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur sejak 7 Okt lepas.
Selain itu sekurang-kurangnya 3,279 rakyat Palestin, termasuk 520 kanak-kanak mengalami pelbagai kecederaan dalam tempoh itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023

Laporan itu menjelaskan bagaimana peneroka haram bersenjata diiringi oleh askar penceroboh menghampiri pinggir sebuah kampung sebelum membaling batu, bom petrol dan menembak kediaman penduduk Palestin. - Foto fail/AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Keganasan peneroka Israel ke atas penduduk Palestin meningkat - Laporan PBB
Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin mendedahkan trend membimbangkan berhubung peningkatan keganasan yang dilakukan oleh peneroka haram Israel.

Sebahagian kutipan RM100 juta akan biayai pelajar Palestin di Malaysia - Zahid Hamidi
Peruntukan tersebut antaranya bagi membiayai sebahagian kos sara hidup pelajar-pelajar Palestin termasuk pengajian dan kos-kos lain.