Saluran berita Al Arabiya menyiarkan video yang menunjukkan orang ramai merobohkan poster besar di pagar Kedutaan Iran.
Poster itu memaparkan gambar Jeneral Iran Qassem Soleimani, yang terbunuh pada 2020 akibat serangan dron Amerika Syarikat di Iraq, serta Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah Lubnan yang disokong Iran, yang terbunuh pada September dalam serangan udara Israel berhampiran Beirut.
Saluran berita Al Jazeera melaporkan bahawa kakitangan kedutaan telah melarikan diri dan tiada tentangan diberikan terhadap perusuh.
-- BERNAMA