White House pada Jumaat menyatakan kecaman Amerika Syarikat (AS) terhadap Rusia berkenaan kes cubaan bunuh ke atas bekas perisik Rusia dan anaknya menggunakan senjata kimia di Britain, lapor Reuters.
Perkara itu ditegaskan Jabatan Negara AS selepas dua hari mengumumkan sekatan terhadap negara bekas Kesatuan Soviet itu.
"Serangan ke atas Sergei dan Yulia Skripal di Salisbury, United Kingdom, pada 4 Mac 2018, adalah contoh tindakan yang membelakangkan norma universal berkenaan senjata kimia," ujar jurucakap Majlis Keselamatan Negara White House.
BACA: Polis UK sahkan bekas perisik Rusia diracun dengan agen saraf
Tambah jurucakap itu, sekatan-sekatan oleh Jabatan Negara yang dijangka dilaksanakan pada penghujung Ogos ini sudahpun memenuhi aturan undang-undang.
Tindakan itu diambil 'selepas mengesahkan penglibatan kerajaan luar yang menggunakan senjata kimia atau biologi terhadap warganegara mereka sendiri, ataupun sudah dianggap satu pelanggaran undang-undang antarabangsa'.
Skripal, seorang bekas kolonel dari perkhidmatan perisikan tentera GRU Rusia, dan anak perempuannya yang berusia 33 tahun ditemui tidak sedarkan diri di bangku kediaman mereka di bandar Salisbury pada Mac lalu.
Pasukan forensik pula berjaya mengesan agen saraf dari jenis cecair Novichok pada pintu hadapan kediaman tersebut.
BACA: Lima fakta mengenai bahan kimia agen saraf 'Novichok'
Presiden Donald Trump, bagaimanapun tidak mengulas lanjut tentang perkara itu apabila ditanya wartawan pada Khamis.
Trump sebaliknya dalam perancangan untuk memperbaiki hubungan dengan Rusia meskipun pihak perisikan AS sudah menemui bukti tentang campur tangan Moscow ketika pilihan raya presiden tahun 2016 lalu.
BACA: Serangan agen saraf: Britain perlu tampil dengan bukti - Rusia
BACA: Isu Novichok: Rusia tuntut jawapan kepada 14 persoalan daripada Britain
Agensi
Fri Aug 10 2018
Salah seorang pakar forensik yang lengkap berpakaian khas menjalankan tugas di lokasi seorang bekas perisik Rusia dibunuh di Salisbury. -AP
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.
Trump calonkan hos Fox News sebagai Setiausaha Pengangkutan
Donald Trump mencalonkan bekas Wakil Wisconsin, Sean Duffy, yang kini merupakan hos Fox News untuk jawatan Setiausaha Pengangkutan.
AS siasat wabak E. coli berkaitan lobak merah organik
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran mengenai wabak E. coli baharu yang dikaitkan dengan lobak merah organik pada Ahad, lapor Xinhua.
Penunjuk perasaan di Sweden kecam Barat bekal senjata kepada Israel
Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Sabtu untuk membantah tindakan Israel di Semenanjung Gaza dan Lubnan, serta mengecam kerajaan Barat kerana membekalkan senjata kepada Israel.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.