Kebakaran hutan di Tasmania, Australia dilaporkan semakin buruk. Sehingga Ahad, 3,000 penduduk sudah dipindahkan.

Cuaca panas dan kering, turut memburukkan lagi kebakaran berkenaan.

20 kawasan dikesan mengalami kebakaran. Keadaan dijangka bertambah buruk hingga khamis ini.

Setakat ini beberapa orang dilaporkan hilang dan dikhuatiri terbunuh. Namun pengumuman rasmi belum dibuat mengenainya.

Kawasan penempatan Dunalley yang terletak 55 kilometer dari ibu negeri, antara yang paling teruk terjejas.

Pihak berkuasa menganggarkan 30 peratus daripada bangunan di kawasan berkenaan rentung.