Keadaan kembali tenang di jalan-jalan di bandar terbesar Afrika Selatan pada Rabu beberapa hari selepas insiden pecah masuk dan merompak serta membakar premis perniagaan yang dimiliki rakyat asing, lapor agensi berita Turki Anadolu.
Sesetengah kedai membuka perniagaan mereka apabila polis meningkatkan rondaan termasuk di kawasan perbandaran Alexandra yang miskin di mana insiden pecah masuk dan merompak dilaporkan berleluasa.
"Keadaan hari ini agak tenang. Kami tidak menyaksikan sebarang insiden pecah masuk dan merompak di kawasan jalanan kami," kata Abdul Mohamed, seorang peniaga tekstil Ethiopia yang mengendalikan sebuah kedai di pusat bandar Johannesburg.
Kedai milik rakyat Ethiopia, Somalia dan Nigeria telah menjadi sasaran sejak keganasan bermula.
"Saya memandu sekitar bandar hari ini dan keadaan adalah tenang. Tiada tayar yang dibakar atau batu dilempar ke arah kenderaan. Saya percaya keadaan tenang telah kembali ke negara ini," kata Malume Jackson, seorang pemandu teksi bermeter kepada Anadolu.
Polis berkata pihak berkuasa telah meningkatkan pemerhatian dan rondaan di semua kawasan yang bergolak.
Pihak berkuasa mengumumkan bahawa sejumlah 189 orang telah ditahan sejak Ahad kerana disyaki melakukan keganasan awam, kerosakan terhadap harta benda dan kecurian.
Menteri Polis Bheki Cele pada Selasa berkata lima orang telah dibunuh semasa keganasan.
Bagaimanapun, meskipun keadaan kembali tenang beberapa rakyat asing tidak keluar dari rumah masing-masing dan tidak membuka perniagaan mereka kerana bimbang menjadi sasaran.
Afrika Selatan, yang mempunyai kadar pengangguran tinggi, telah menyaksikan peningkatan serangan terhadap rakyat asing kerana didakwa menutup peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.
Sesetengah penduduk turut menuduh orang asing menjalankan perniagaan runcit secara tidak adil dan ingin mereka berhenti mengendalikan perniagaan kecil.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 05 2019
Seorang peniaga mengangkut barangan keluar dari kedainya yang mengalami kerosakan akibat dipecah masuk perompak di Germiston, timur Johannesburg, Afrika Selatan, 3 Sept, 2019. (Foto AP/Fail)
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Afrika Selatan kemuka bukti lebih 750 halaman dalam kes genosid terhadap Israel
Dokumen tersebut mengandungi lebih 750 halaman bukti yang disokong ekshibit serta lampiran lebih 4,000 halaman.
Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.
Aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia
Bekas aktivis anti-apartheid Afrika Selatan Pravin Gordhan meninggal dunia pada Jumaat.
PM bincang isu BRICS, Palestin dengan bekas Menteri Perhubungan Antarabangsa Afrika Selatan
Perkara itu antara yang disentuh ketika menerima kunjungan hormat Dr Naledi Mandisa Pandor di pejabat beliau semalam.
Penyertaan Malaysia akan jadikan BRICS lebih inklusif - Wakil Afrika Selatan
Peranan Malaysia dalam BRICS akan diperkukuh lagi menerusi kepengerusian ASEAN pada 2025 selain pengaruh besar negara dalam NAM dan OIC.
Gempa bumi kuat landa selatan Afrika
Gempa dengan kedalaman 14 km itu berlaku di 2,143 km selatan dari Port Elizabeth, Afrika Selatan.
Polis Afrika Selatan temukan mayat bekas juara dunia lompat tinggi dengan kesan tembakan
Kes orang hilang dilaporkan oleh adik Freitag pada 24 Jun selepas "dia menyedari abangnya hilang ketika melawat rumahnya di Witbank pada 16 Jun 2024".
10 parti politik Afrika Selatan setuju bentuk kerajaan perpaduan nasional
Kesepuluh-sepuluh parti ini bersama-sama memperoleh 70 peratus undi dalam pilihan raya 2024.
Cyril Ramaphosa angkat sumpah Presiden Afrika Selatan bagi penggal kedua
Upacara mengangkat sumpah dijalankan dalam satu majlis berwarna-warni yang dihadiri beberapa ketua negara dan kerajaan di ibu negara Pretoria.
Cyril Ramaphosa dipilih semula sebagai Presiden Afrika Selatan
Ahli Parlimen Afrika Selatan pada Jumaat malam memilih semula Cyril Ramaphosa sebagai presiden negara itu untuk penggal kedua semasa sidang pertama badan perundangan, lapor Agensi Anadolu.