BAGAIKAN sudah dapat mengagak ada sesuatu yang bakal menimpa, anak salah seorang mangsa KRI Nanggala-402 milik Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang disahkan tenggelam pada Sabtu, bersungguh-sungguh melarang ayahnya daripada keluar bekerja.
Dalam sebuah video yang tular di laman sosial, anak Leftenan Satu Imam Adi itu dirakamkan menangis dan mengunci pintu bilik agar bapanya tidak boleh keluar.
"Kenapa enggak (tidak) boleh kerja?" itu soalan yang kedengaran ditanya wanita yang merakam video berkenaan.
"Dikancing (Pintu sudah dikunci)," jawab kanak-kanak itu.
Bapa Imam Adi, Edi Sujianto mengesahkan video tersebut dirakamkan menantunya Isnin lalu, sebelum anaknya keluar bekerja.
"Memang pelik perilakunya. Sebelum ini tidak pernah begitu," kata Edi seperti yang dipetik dari portal Detik.
Edi bagaimanapun enggan mengaitkan perkara itu dengan tragedi yang menimpa.
"Mungkin itu hanya kebetulan," katanya.
BACA: Tenggelamnya Nanggala 402: Kesemua 53 anak kapal meninggal dunia - TNI
Imam Adi, bapa kepada dua anak berusia 2 dan 5 tahun, memulakan kerjaya sebagai tentera laut pada 2015 dan bertugas KRI Nanggala-402 sejak 2017.
Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang lain juga masih belum putus harapan biarpun pihak berkuasa mengesahkan kapal itu tenggelam dan tiada yang terselamat.
Kediaman keluarga Ady Sonata di Jawa Timur, sejak Khamis lalu tidak sunyi daripada bacaan ayat suci al-Quran dan doa.
Sepupu Ady, Widya Ayu Retnowulan memberitahu Kompas, keluarga masih berharap Ady dan kapal selam KRI Nanggala 402 ditemui.
"Apa yang boleh kami lakukan hanyalah berdoa semoga KRI Nanggala-402 segera ditemukan dan Ady serta seluruh anak kapal selamat," katanya.
Sementara itu, adik Ryan Yogie Pratama juga mengharapkan orang ramai terus dapat sama-sama mendoakan abangnya, malah masih menyimpan harapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama.
"Kuat ya kak (abang), semangat buat berjuang. Kita sekeluarga nunggu (menunggu) kak Yogie pulang ke rumah, lebaran kita kumpul ya kak. Doa terbaik buat kamu kak," tulis Ur Vienna di Twitter.
Dia turut memuat naik sebuah video anak-anak kapal menyanyikan lagu Sampai Jumpa nyanyian asal Endank Soekamti, sekaligus mengundang sebak warga maya.
"Di Bali, ada keluarga mangsa yang mengunjungi kawasan pantai dan melakukan upacara berdoa setiap hari, sejak kapal itu dilaporkan hilang.
"Malah mereka juga masih berhubung dengan pihak berkuasa untuk memastikan pencarian diteruskan," kata Desy Indah Lestari, koordinator liputan Kompas TV di Bali.
Pada Sabtu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal yang membawa 53 anak kapal itu memasuki fasa baharu dengan mengambil kemungkinan kapal itu telah tenggelam dan tiada yang terselamat.
Ia selepas kapal selam buatan Jerman itu dipercayai kehabisan bekalan oksigen pada awal pagi Sabtu selepas hilang lebih 72 jam.
Agensi
Sun Apr 25 2021
Anak Leftenan Satu Imam Adi itu dirakamkan menangis dan mengunci pintu bilik agar bapanya tidak boleh keluar. - Sumber video laman sosial
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Kapal selam Nanggala 402: Tangisan si kecil, nyanyian 'Sampai Jumpa' antara luahan harapan keluarga
Ahli keluarga mangsa masih belum putus harapan biarpun pihak berkuasa mengesahkan kapal itu tenggelam dan tiada yang terselamat.
SAR kapal selam tentera Indonesia diteruskan hari ini
Komander tentera negara itu, Hadi Tjahjanto mengesahkan pasukan mencari turut mengesan tumpahan minyak di lokasi selaman kapal berkenaan.
Kapal selam hilang di perairan Bali mungkin terkandas di jurang berkedalaman 700 meter
Indonesia meminta bantuan dari dua negara jiran iaitu Singapura dan Australia dalam misi pencarian KRI Nanggala-402.