SINGAPURA: Sebuah kapal kontena yang didaftarkan di Singapura, LOBIVIA terbakar selepas diserang peluru yang belum dikenal pasti ketika transit di Teluk Aden.
Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata semua kru selamat dan berjaya memadamkan kebakaran.
Tiada warga Singapura di atas kapal itu.
"LOBIVIA telah tiba di Pelabuhan Berbera, Somalia dengan daya penggeraknya sendiri untuk menilai kerosakan dan pembaikan. MPA sedang berhubung dengan pengurus kapal untuk menawarkan bantuan," menurut agensi itu dalam satu kenyataan.
MPA dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pengurus kapal kira-kira 10.30 pagi Jumaat.
Pusat Gabungan Maklumat Tentera Laut Republik Singapura juga telah memaklumkan rakan keselamatannya di rantau ini untuk memberikan sebarang bantuan yang diperlukan.
Dalam perkembangan berasingan, MPA berkata semua kru telah ditemui dalam misi menyelamat berikutan kebakaran di atas dua kapal tangki kira-kira 55 kilometer timur laut Pedra Branca dalam Kawasan Pencarian dan Penyelamatan Maritim Singapura pada pagi Jumaat.
Ia berkata terdapat 22 kru di atas kapal tangki yang didaftarkan di Singapura, Hafnia Nile dan 40 anak kapal di atas kapal tangki yang didaftarkan di Sao Tome dan Principe, Ceres 1.
Tiada warga Singapura di atas kapal itu.
Sebuah kapal frigat kelas Formidable Tentera Laut Republik Singapura, RSS Supreme telah menyelamatkan 16 kru Hafnia Nile.
Enam lagi kru yang berada di dalam rakit penyelamat Hafnia Nile telah diselamatkan oleh kapal kerajaan Malaysia dan dipindahkan ke RSS Supreme.
"RSS Supreme sedang dalam perjalanan pulang ke Singapura dengan kesemua 22 kru Hafnia Nile. Semua anak kapal Hafnia Nile sedang menerima rawatan perubatan di atas RSS Supreme," kata MPA.
Sementara itu, sebuah kapal bekalan berdaftar di Singapura, Dolphin 1 yang berada di kawasan kejadian, telah menyelamatkan 14 anak kapal Ceres 1 yang mana dua daripadanya telah dipindahkan oleh helikopter Tentera Udara Republik Singapura dan kini sedang menerima rawatan perubatan di Hospital Besar Singapura.
Baki 26 kru Ceres 1 sedang menjalankan operasi memadam kebakaran di atas kapal.
"Aset penyelamat dan pemadaman kebakaran telah diatur oleh kedua-dua pemilik kapal untuk menyokong usaha memadam kebakaran dan seterusnya menunda kapal ke tempat selamat. Trafik navigasi tidak terjejas," kata MPA.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024

Sebuah kapal kontena yang didaftarkan di Singapura, LOBIVIA terbakar selepas diserang peluru yang belum dikenal pasti ketika transit di Teluk Aden. - Foto VesselFinder
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.

Kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Insiden itu menyebabkan kebakaran besar dan beberapa siri letupan, memaksa anak kapal meninggalkan kapal masing-masing.

MPA Singapura siasat insiden tumpahan minyak di Changi semasa bunkering
Operasi itu dihentikan serta-merta selepas insiden berlaku pada 5.40 petang, manakala siasatan terperinci sedang dijalankan.

Kapal kontena berdaftar di Singapura diserang di Teluk Aden
Sebuah kapal kontena yang didaftarkan di Singapura, LOBIVIA terbakar selepas diserang peluru yang belum dikenal pasti ketika transit di Teluk Aden.

Kapal akibatkan jambatan di Baltimore runtuh dialihkan
Pagi ini, kapal kargo yang berlanggar dengan Jambatan Francis Scott Key telah dipindahkan secara rasmi.

Ketegangan di Asia Barat jejas rantaian pembekalan, premium insurans
Ketegangan geopolitik semasa di Asia Barat telah meningkatkan risiko pelayaran dalam ekosistem perkapalan global.

Pelabuhan kontena AI pertama bakal dibina di Port Dickson - Menteri Besar
Sebuah pelabuhan kontena pintar bercirikan kecerdasan buatan (AI) yang pertama seumpamanya Malaysia, akan dibina di Port Dickson dengan kos dianggarkan RM2 bilion.

Kapal kontena terbesar dunia mula beroperasi
Ia turut dilengkapi teknologi pengoptimuman hidrokinetik untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO2).

Kapal kontena alami kerosakan, hanyut di perairan Pulau Pom Pom
Sebuah kapal kontena yang sedang dalam pelayaran mengalami kerosakan jentera utama dan gagal dikemudi menyebabkannya hanyut di perairan Pulau Pom Pom Semporna, Sabah pada pagi semalam.

Laluan perdagangan di Terusan Suez kembali normal selepas insiden Ever Given
Pihak berkuasa terusan CSA mengesahkan masalah perjalanan tertunda selesai sepenuhnya pada Sabtu.

Usaha baharu digerakkan bebaskan MV Ever Given
Usaha baharu digerakkan bagi membebaskan kapal kontena MV Ever Given yang masih tersekat di Terusan Suez hampir seminggu.