Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera teruk di muka dan lengan selepas disimbah cecair yang dipercayai asid, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu bersama keluarganya di sebuah gudang jualan di Worcester, England.

Mangsa dikejarkan ke hospital dan telah dibenarkan pulang pada Ahad selepas menerima rawatan.

Bagaimanapun, menurut polis, kecederaan yang dialami kanak-kanak malang itu mungkin membawa kesan jangka panjang.

Pada Ahad, tiga lelaki berusia 22, 25 dan 26 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dengan insiden tersebut.

Sebelum itu, seorang lelaki berusia 39 tahun turut ditahan.

Polis juga masih meneliti kandungan sebenar bahan yang digunakan dalam serangan berkenaan.