SEORANG kanak-kanak perempuan maut dicekik dan kedua matanya dicungkil selepas ibu bapanya didakwa gagal membayar balik sejumlah wang yang dipinjam mereka di bandar Tappal di Uttar Pradesh, di India.
Menurut laporan NDTV, mayat kanak-kanak tersebut ditemui pada Ahad di sebuah tempat pembuangan sampah di rumahnya, tiga hari selepas mangsa dilaporkan hilang.
Mangsa yang berusia dua tahun setengah itu dikatakan ditemui selepas sekumpulan anjing liar dilihat menggonggong apa yang kelihatan sebagai cebisan tubuh manusia.
Menurut pihak polis, dua orang yang dituduh, dikenali sebagai Zahid dan Aslam, adalah jiran mangsa.
Siasatan awal percaya ia satu kes berkaitan dendam peribadi kerana polis mendapat bukti beberapa urusan kewangan. Pembunuhan itu disyaki telah dilakukan atas pertengkaran mengenai sejumlah wang yang diberikan sebagai pinjaman.
Jumlah yang didakwa harus dibayar oleh ibu bapa mangsa adalah sebanyak Rs10,000 (RM601.31).
Menurut Pegawai Kanan Polis Aligarh, Akash Kulhari, ia merupakan satu kes penculikan yang telah dilaporkan pada 31 Mei.
"Tertuduh telah ditangkap dan mereka mengaku bersalah atas jenayah itu. Ia merupakan kes permusuhan peribadi dan tidak ada tanda-tanda mangsa dirogol,” katanya.
Menurut laporan media, keluarga dan saudara-mara mangsa telah bertindak menyekat jalan raya sebagai bantahansebelum dileraikan pihak polis.
Agensi
Fri Jun 07 2019

Pembunuhan itu disyaki telah dilakukan atas pertengkaran mengenai sejumlah wang yang diberikan sebagai pinjaman. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kanak-kanak perempuan maut dicekik, mata dicungkil gara-gara hutang ibu bapa
Seorang kanak-kanak perempuan dijumpai maut dan kedua-dua mata dicungkil akibat ibu bapanya yang tidak membayar sejumlah wang yang dipinjam.

Anak mungkin saksi bapa cekik, bunuh dan masak anggota badan ibu
Misteri kehilangan seorang pakar pemakanan akhirnya terungkai apabila dia dibunuh dengan kejam selain bahagian badannya dipercayai dimasak oleh bukan suaminya.

Pelajar perempuan dibunuh teman lelaki ibu di Miri, mayat disumbat dalam but kereta
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau mati dibunuh dipercayai dicekik oleh teman lelaki ibu mangsa di sebuah rumah sewa mereka di Permyjaya, di sini.

Niat nak pergi belajar, akhirnya didera dan dilacurkan
Mangsa dakwa didera sejak April tahun ini selepas dihantar oleh ibu bapanya ke pusat berkenaan untuk menjadi tukang urut tradisional.

Pegawai diplomat Britain di Lubnan mati dicekik
Seorang pegawai kedutaan Britain di Lubnan ditemuikan mati di tepi jalan oleh pihak berkuasa di negara terbabit pada Ahad.