Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbau mati dibunuh dipercayai dicekik oleh teman lelaki ibu mangsa di sebuah rumah sewa mereka di Permyjaya, di sini pukul 11 pagi Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, mangsa berusia 13 tahun dan suspek seorang lelaki rakyat tempatan berusia 33 tahun.
"Suspek berasal dari Kuala Lumpur, bekerja di sebuah kedai perabot di Piasau, Miri dan telah berjaya ditangkap pada petang ini juga," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Dev berkata, tangkapan dilakukan oleh kru sebuah kereta peronda polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Miri yang sedang menjalankan rondaan di Jalan Perlis, Kuala Baram pukul 5.55 petang.
"Semasa rondaan dilakukan, kru anggota polis peronda terserempak dengan sebuah kereta Proton Iswara yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan di sebuah lorong berdekatan semak," katanya
Menurutnya, suspek berdiri di bahagian belakang kereta dengan but terbuka dan apabila suspek ternampak kereta peronda terus menutup but kereta, masuk ke dalam kereta dan memecut dari tempat itu dengan laju.
Beliau berkata, berlaku drama mengejar sejauh 5 km sehingga kereta Proton Iswara itu berhenti di simpang Pelabuhan Miri dan kru anggota polis peronda terus mengarahkan suspek untuk keluar dari kereta dan membuka but kereta.
"Apabila but dibuka terdapat mayat seorang perempuan dan suspek terus ditangkap," katanya sambil menambah siasatan awal mendapati suspek adalah teman lelaki kepada ibu mangsa dan tinggal bersama ibu mangsa, kakak mangsa dan mangsa di sebuah rumah sewa di Permyjaya, Miri.
Beliau berkata, ibu mangsa telah keluar bekerja dan kakak mangsa telah pergi ke sekolah meninggalkan suspek dan mangsa sahaja di rumah.
"Pada jam 11.00 pagi, telah berlaku pertengkaran antara suspek dan mangsa di mana suspek dipercayai telah mencekik mangsa sehingga mati dan suspek kemudian membawa mangsa dalam but kereta ke kawasan Kuala Baram untuk membuang mayat dalam kawasan semak apabila terserempak dengan kereta peronda," katanya Dev.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2018

Menurut polis, mangsa berusia 13 tahun dan suspek seorang lelaki rakyat tempatan berusia 33 tahun.

Komposer Zul Mahat meninggal dunia akibat jangkitan kuman
Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak penghujung Disember lalu selepas terjatuh ketika menjalani rawatan dialisis.
#AWANIRingkas 1 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Mac 2025
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.
AWANI Pagi: Gaya hidup sibuk? Amalkan sahur "meal prep"
Sempena 1 Ramadan esok, ikuti diskusi eksklusif #AWANIPagi bersama Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan & Khidmat Makananan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menyediakan sahur yang sihat dan menyelerakan khususnya bagi mereka yang gaya hidupnya sibuk dengan tugasan seharian.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Sempena Ramadan, Liga Australia beri kelonggaran 90 saat berbuka puasa ketika perlawanan
Liga Australia telah memperkenalkan sistem untuk memberi ruang buat pemain beragama Islam berbuka puasa ketika perlawanan sedang berjalan.

Hina YDP Agong, Pengerusi Pro-Keadilan Sarawak Iswardy Morni ditahan
Iswardy telah membuat ulasan secara langsung di akaun YouTube miliknya bertajuk 'Total Lockdown: Apa Yang Kerajaan Gagal Belajar Dalam Setahun'.

Huzir bersara, Dev Kumar pangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman
Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Dev Kumar akan memangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman susulan persaraan wajib Datuk Huzir Mohamed esok.

Video promosi judi: Polis buru sindiket utama
Siasatan awal mendapati dua video mempromosi perjudian secara dalam talian yang tular di media sosial itu adalah daripada produksi yang sama.

Tak serik-serik, 11 individu ditangkap lagi langgar PKP
Sebelas orang dikesan di tujuh daerah di Sarawak didapati dua kali mengulangi perbuatan melanggar PKP.

Keluar tanpa alasan munasabah, tujuh dikompaun RM1,000
Tindakan mengenakan kompaun bagi individu yang ingkar PKP adalah arahan terbaru Bukit Aman untuk mengekang penularan COVID-19.

Ingkar PKP, 46 lagi ditangkap di Sarawak
46 Individu ditahan polis Sarawak dalam tempoh 24 jam bermula jam 8 pagi Isnin kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ugut bunuh TYT Sarawak, pemilik akaun FB 'Raja Rimba' dicari
Polis sedang berusaha mengesan pemilik akaun Facebook 'Raja Rimba' yang memuatnaik pelbagai catatan provokasi termasuk berunsur ugutan bunuh terhadap Tun Abdul Taib Mahmud.

Guru ditahan disyaki cabul murid Tahun Dua di Miri
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, guru lelaki berusia 40 tahun itu ditangkap pada 3.30 petang semalam di pekarangan Balai Polis Miri.

Ketua JSJ Sabah, Sarawak antara 20 pegawai kanan ditukar jawatan
Semua pertukaran itu berkuasa kuasa 14 Mei ini.

Polis tahan tiga lelaki, rampas senjata
Berdasarkan semakan dokumen pengenalan diri, dua daripada tiga lelaki yang ditahan merupakan anggota tentera negara jiran.