SEORANG kanak-kanak menjual donut demi membantu keluarganya yang miskin menambah pendapatan mengundang kesedihan netizen.
Kisah yang berlaku di Indonesia itu dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menggunakan akaun @Awzeepp yang memuat naik seorang kanak-kanak lelaki bersama adiknya menjual donut di tepi jalan, yang berlaku di Indonesia, baru-baru ini.
Lebih memilukan @Awzeepp melalui ciapannya memberitahu, kanak-kanak itu terpaksa mencari rezeki sambil menjaga adiknya yang masih kecil sementara ibunya pergi bekerja.
Menurutnya, ayah kanak-kanak ini sudah lama menghilang dan mereka disara oleh ibu yang hanya bekerja sebagai tukang cuci di rumah orang.
“Di sekitar kampus saya ada seorang kanak-kanak yang suka menjual donat di tepi jalan. Katanya dia telah ditinggalkan oleh ayahnya. Ibunya kerja di rumah orang sebagai tukang cuci. Mereka empat bersaudara dan di usia muda berhenti sekolah kerana menghadapi kesulitan wang.
“Tolong sangat dibantu buat mereka yang sering lewat daerah itu kalau nampak dia belilah donat mereka. Kadang nampak dia gembira sangat beli donat terus saya beri jajan buat mereka,” tulisnya.
Perkongsian @Awzeepp kini tular di media sosial yang meraih 54,000 ulang kicau, 40,600 tanda suka dan rata-rata netizen memuji wanita terbabit kerana mempromosi donut kanak-kanak itu.
“Bila lihat wajah kanak-kanak ini di sebalik kegembiraan mereka ada perkara tersirat yang mereka tanggung yang tidak mampu kita tidak dapat bantu. Jom korang, kita serbu beli donut adik ini dalam membantunya dapat duit buat keluarganya,” tulis Imand di Twitter.
Ali IHgham pula memberitahu,”Terima kasih kepada kamu kerana berkongsi kisah ini. Sedih bila tengok gambar mereka. Saya pasti kalau lalu did aerah ini saya akan beli donut daripada mereka,”.
Sinar Harian
Sun Dec 01 2019

Lebih memilukan @Awzeepp melalui ciapannya memberitahu, kanak-kanak itu terpaksa mencari rezeki sambil menjaga adiknya yang masih kecil sementara ibunya pergi bekerja. - Foto Twitter/@awzeepp

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Kanak-kanak jual donat tepi jalan buat netizen sebak
Seorang kanak-kanak menjual donut demi membantu keluarganya yang miskin menambah pendapatan mengundang kesedihan netizen.