KUALA LUMPUR: Kanada sedang meneroka peluang untuk memperkukuh hubungan dengan ASEAN ke tahap seterusnya termasuk kemungkinan mengadakan perjanjian perdagangan bebas, manakala Australia ingin meningkatkan dagangan dengan blok itu termasuk dalam ekonomi hijau.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Pelaburan Perniagaan ASEAN 2021 yang diadakan secara maya di sini, Isnin, berkata perjanjian perdagangan bebas akan mendorong pertumbuhan sektor teknologi, perdagangan digital, pembuatan, pertanian dan perkhidmatan profesional .
"Ia akan menjadi pengubah keadaan bagi kebanyakan syarikat dan usahawan kami, membantu mereka berhubung dan membina hubungan perniagaan di seluruh dunia.
"Ini akan mewujudkan pekerjaan untuk kelas menengah. Membantu mengurangkan halangan perdagangan dan memberi pelabur lebih keyakinan untuk mengembangkan perniagaan di pasaran negara lain.
"Dan ini akan membantu melindungi rantaian bekalan kita daripada ketidakpastian pandemik global," katanya.
Trudeau berkata Kanada dan ASEAN telah bekerja keras untuk melaksanakan pelan tindakan empat tahun bagi menyokong deklarasi bersama mengenai kerjasama ASEAN-Kanada, sambil memastikan semua bidang perniagaan akan menikmati ganjaran daripada Perkongsian Trans-Pasifik termasuk melalui Pelan Tindakan Strategik 10 tahun ASEAN untuk Pembangunan PKS.
Sementara itu, Perdana Menteri Australia Scott Morrison dalam ucapannya berkata Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) penting untuk menyatukan ekonomi ASEAN dan negara lain di rantau ini.
Beliau berkata melalui inisiatif Perdagangan Serantau untuk Pembangunan dan Piawaian Digital Australia bernila iA$46 juta, negara itu bekerjasama dengan ASEAN untuk mendukung pelaksanaan RCEP, termasuk dengan memberi tumpuan yang lebih besar kepada e-dagang dan perdagangan digital di seluruh rantau ini.
Katanya, Australia juga sedang berusaha secara bilateral untuk menjalin perjanjian baharu dan memperdalam pengaturan sedia ada dengan rakan kongsi serantau seperti Vietnam, Indonesia dan Singapura, bagi meningkatkan dagangan dua hala dan membuka sempadan baharu dalam ekonomi hijau.
"Ini adalah rantau yang berdaya maju dan dinamik dan kami ingin memastikan peluang serta keuntungan perdagangan terus mengalir tanpa halangan, dan rantaian bekalan tetap terbuka dan terhubung," katanya.
Mengenai pengurangan pelepasan karbon, Morrison berkata Australia telah membuat pelaburan besar untuk industri tenaganya, termasuk kira-kira A$20 bilion bagi mengkomersialkan teknologi baharu seperti hidrogen bersih, keluli hijau, penyimpanan tenaga jangka panjang dan penangkapan karbon.
"Kami jangka ia akan memberi manfaat kira-kira A$80 bilion dalam jumlah pelaburan menjelang 2030," katanya sambil menambah ia juga akan membantu negara jiran termasuk ASEAN untuk beralih kepada teknologi pelepasan rendah karbon yang selamat dan mampu milik yang boleh memacu pembangunan serta pekerjaan di rantau ini.
Australia juga bersetuju mengumpulkan sumber kolektif dan kepakaran rakan Quad - Amerika Syarikat, Jepun dan India - untuk bekerjasama dengan rakan Indo-Pasifik yang lain bagi membina rantaian bekalan boleh dipercayai dan berdaya tahan yang diperlukan bagi menyokong peralihan tenaga di rantau ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 25 2021

Justin Trudeau menyampaikan ucapan yang disiarkan melalui televisyen pada Sidang Kemuncak Pelaburan Perniagaan ASEAN 2021 yang diadakan secara maya, 25 Okt, 2021. (Foto AP)

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kanada minat perkukuh perjanjian dagangan bebas dengan ASEAN, Australia mahu tingkat dagangan
Perjanjian perdagangan bebas mendorong pertumbuhan sektor teknologi, perdagangan digital, pembuatan, pertanian dan perkhidmatan profesional.