TRENTON : Kanada telah meluluskan penggunaan vaksin jenis Moderna untuk bayi dan kanak-kanak berusia enam bulan hingga lima tahun, berdasarkan kajian saintifik mendapati vaksin itu "selamat dan berkesan", menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada, Health Canada pada Khamis.
"Selepas kajian saintifik yang menyeluruh, jabatan telah memastikan bahawa vaksin itu selamat dan berkesan untuk mencegah COVID-19 terhadap kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga lima tahun," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan agensi itu di Twitter.
Dos yang diluluskan adalah satu perempat daripada dos dewasa, dan dos kedua akan diberikan sekurang-kurangnya sebulan selepas dos pertama.
Health Canada memaklumkan pihaknya akan memantau kesan sampingan vaksin, memandangkan ini adalah pertama kali vaksin COVID-19 diluluskan untuk kumpulan umur itu.
Syarikat pengilang turut diarahkan untuk memberi laporan berterusan mengenai vaksinasi.
Kajian menunjukkan bahawa vaksin yang diberikan kepada kumpulan itu mempunyai hasil sama seperti vaksinasi terhadap golongan belia berumur 18 hingga 25 tahun.
Kelulusan itu bermakna kira-kira dua juta kanak-kanak kini layak untuk menerima suntikan vaksin.
Kesan sampingan termasuk sakit, mengantuk, hilang selera makan, demam, bengkak pada tempat suntikan, sakit otot dan sakit perut mungkin terjadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Health Canada memaklumkan pihaknya akan memantau kesan sampingan vaksin, memandangkan ini adalah pertama kali vaksin COVID-19 diluluskan untuk kumpulan umur itu.- Gambar hiasan
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Majlis peguam gesa Terengganu, kerajaan pusat pertimbang semula amalan
Majlis Peguam Malaysia hari ini menggesa kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan semula amalan sebat di khalayak ramai dengan menyemak dan meminda undang-undang yang membenarkan hukuman itu bagi memastikan ia berkadar, rehabilitatif dan menghormati maruah manusia.
Ibu terkilan hajat bertemu tidak kesampaian
Ibu kepada salah seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang maut dalam nahas jalan raya di Melaka awal pagi Khamis, terkilan tidak dapat bertemu anak sulungnya pada cuti persekolahan akan datang.
Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
Tumpuan Jumaat – 27 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perdana Menteri Kanada rombak Kabinet
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Jumaat mengumumkan rombakan Kabinetnya, lapor Xinhua.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Kanada beri amaran terhadap situasi kemanusiaan 'Bencana' di Gaza
Dalam satu kenyataan, Joly merujuk kepada laporan oleh Jawatankuasa Kajian Kebuluran yang dikeluarkan pada 8 Nov, yang menekankan kemungkinan besar kebuluran akan berlaku di kawasan utara Gaza.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
Arahan dibuat menggunakan Akta Pelaburan Kanada yang membenarkan semakan pelaburan asing yang boleh membahayakan keselamatan negara.
Malaysia minta agar Kanada berikan kemudahan pengecualian visa
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah meminta agar Kanada dapat memberikan kemudahan pengecualian visa secara timbal balik.
Olimpik Paris 2024: Kanada rangkul emas acara 4x100m lelaki
Kanada mencipta kejutan apabila merangkul pingat emas di Sukan Olimpik Paris menerusi acara berganti-ganti 4x100m lelaki.
Olimpik Paris 2024: FIFA potong 6 mata, denda Kanada guna dron intai lawan
Olimpik Paris 2024: FIFA potong enam mata, denda Kanada RM1.8 juta kerana guna dron intai pasukan lawan
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
Pemimpin Australia, New Zealand dan Kanada gesa gencatan senjata segera di Gaza
Ketiga-tiga pemimpin itu menggesa Israel untuk memberi maklum balas terhadap keputusan ICJ minggu lepas yang menganggap pendudukan wilayah Palestin oleh Israel adalah haram.
Tiga puteri legenda Malaysia nama kapal baharu Petronas di Kanada
Petronas menamakan tiga kapal gas asli cecair (LNG) baharunya dengan nama Puteri Saadong, Puteri Ledang dan Puteri Santubong.