SEKUAT dan setabah mana sekalipun seorang lelaki itu, air matanya pasti akan tumpah dan emosinya pula tentu sekali tidak dapat dibendung apabila mengenang pemergian anak tercinta.
Duka seorang ayah yang kehilangan anak adalah kedukaaan yang sebesar-besarnya dalam hidup seorang ketua keluarga.
Demikian juga yang dirasakan seluruh masyarakat apabila mendengar bait-bait ucapan yang keluar dari mulut Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil ketika menghantar anaknya, Emmeril Kahn Mumtadz ke liang lahad hari ini.
Sebaik jenazah Emmeril atau lebih mesra disapa Eril dikebumikan di tanah perkuburan keluarga di Cimaung, Bandung tengah hari tadi, Ridwan dalam nada penuh hiba berkongsi perasaan keluarganya yang memperoleh banyak pengajaran daripada musibah ditakdirkan buat mereka.
Antara pengajaran itu, kata Ridwan, ialah mengenai keikhlasan menerima pemergian orang yang dikasihi dan kembali meneruskan hidup.
Suara hati dan terjemahan rasa keluarga besar Ridwan yang dirangkumkan dalam puisi yang dibaca beliau membuatkan ribuan masyarakat yang menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Emmeril.
“Kami belajar tentang hidup yang tidak semata tentang lamanya hari, tapi tentang hela nafas yang dipakai berbuat baik walau kecil dalam sehari-hari.
“Kami mengikhlaskan Eril pergi kerana kami akhirnya menyedari bahawa Allah telah mencukupkan seluruh amal-amalnya untuk menutup kemungkinan bertambah kekhilafannya.
“Mungkin akan berat, tapi kami sebenarnya sudah menyiapkan hati kalau kami tidak akan pernah lagi melihat jasadnya untuk terakhir kali,” ungkap Ridwan.
Seberat mana sekalipun hati Ridwan dan keluarga menerima takdir itu, beliau dalam masa sama bersyukur kerana Allah menghadirkan kasih sayang dan kecintaan yang luar biasa daripada segenap lapisan masyarakat.
Nikmat kasih sayang itu, jelas Ridwan, kembali mengingatkan beliau sekeluarga bahawa ada hikmah sebetulnya yang menanti di sebalik setiap satu ujian yang Allah aturkan.
“Bagaimana mungkin kami tidak merasa dilimpahi oleh rahmat dan kurnia saat jenazah yang terbaring ini berada berhari-hari di air masih utuh lagi sempurna.
“Itulah salah satu keyakinan kami bukti adanya mukjizat, yang akhirnya Alhamdulillah kami diberi sempat untuk melihat tanda kekuasaan Allah sang pemberi berkat. Pelajaran bagi kita yang beriman dan yang pandai membaca isyarat.
“Kematian Eril merupakan kehilangan yang sungguh dahsyat. Dalam momentum waktu yang nyaris sejajar, kami merasakan kehilangan yang paling besar, tapi seketika itu juga kami dilimpahi kasih yang akbar,” luah Gabenor Jawa Barat itu lagi.
Ridwan dan seluruh keluarganya terlalu bersyukur dan berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana menghadirkan anak yang yang soleh.
“Kami merasa sangat bersyukur dianugerahi seorang putera yang dalam hidupnya bahkan dalam pulangnya masih mendatangkan cinta kepada kami sang orang tua,” kata Ridwan lagi.
Beruntungnya, Emmeril, pada hari perjalanan terakhirnya, ribuan masyarakat termasuk keluarga dan sahabat serta kenalan mengiringinya dengan bacaan doa yang tidak putus-putus.
Dan dalam masa sama, sebagai mengenang putera yang dikasihinya itu, Ridwan turut menamakan masjid Islamic Center Baitulridwan dengan Nama Al-Mumtadz.
Allahyarham Eril sebelum ini dilaporkan hilang ketika berenang bersama adiknya Camillia Laetitia Azzahra dan rakannya di sungai berhampiran empangan Engehalde, Switzerland.
Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat mangsa menemui jalan buntu sehingga hari ke-14 apabila mayat Allahyarham ditemukan sekitar pukul 6.05 pagi (waktu tempatan) pada Rabu lalu.
Mayat mangsa kemudiannya menjalani bedah siasat di negara terbabit sebelum diterbangkan pulang ke Indonesia.
Al-Fatihah buat Allahyarham Emmeril...
Agensi
Mon Jun 13 2022
Seberat mana sekalipun hati Ridwan dan keluarga menerima takdir itu, beliau dalam masa sama bersyukur kerana Allah menghadirkan kasih sayang dan kecintaan yang luar biasa daripada segenap lapisan masyarakat. - Gambar Twitter
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Nelayan jatuh laut ditemui lemas di Pulau Ketam
Seorang nelayan berusia 59 tahun ditemukan lemas di kedudukan 8.1 batu nautika barat daya Pulau Ketam, semalam.
Kepimpinan MADANI bentuk era baharu pembangunan, ekonomi inklusif - KSN
Kepimpinan MADANI menyaksikan pembentukan era baharu pembangunan negara yang inklusif, berintegriti dan produktif, seterusnya memperkukuh prestasi ekonomi dan sosial.
"Kami ikhlas lepaskan Eril" - Ridwan Kamil
"Kami bersyukur dianugerahi putera yang dalam hidupnya bahkan dalam pulangnya masih mendatangkan cinta kepada kami sang orang tua."
"Jika mahu bunga indah di syurga, taburlah berjuta kebaikan di dunia" - Emmeril
Ayah mana yang tidak sedih untuk menghantar anak ke negeri abadi.
Jenazah Eril, anak Gabenor Indonesia tiba di Jakarta, disemadikan esok
Media tempatan melaporkan Emmeril akan dikebumikan di tanah milik keluarga di Cimaung, Bandung, pada pagi Isnin.
'Danke, Mrs Geraldine Beldi' - Wanita temukan jasad Eril terima penghargaan
Geraldine Beldi, menjadi bualan ramai selepas beliau dipercayai individu pertama yang menemukan jasad anak kepada Gabenor Jawa Barat, Emmeril Kahn Mumtadz atau Eril.
'Jasad Eril ditemui utuh, lengkap' - Ridwan Kamil
Ridwan bersyukur kerana dapat mengazankan dengan sempurna azan di telinga anaknya itu - persis seperti ketika Eril lahir.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mayat anak gabenor Indonesia ditemui selepas 14 hari hilang di Sungai Aare
Jasad dalam keadaan tidak bernyawa itu ditemukan terapung di permukaan air, lapor pihak berkuasa Switzerland.
Gabenor Jawa Barat Ridwan Kamil reda, terima pemergian anak yang lemas di Switzerland
Perkara itu disampaikan abang kepada Ridwan, Erwin Muniruzaman dalam sidang media di Gedung Pakuang, Bandung pada Jumaat.
Anak Gabenor Jawa Barat masih belum ditemui di Sungai Aare, Switzerland
Pencarian itu belum membuahkan hasil susulan peningkatan tahap kekeruhan air yang berpunca daripada proses pencairan salji.