"Saya akan menjadi Presiden yang menyatukan kita dalam mencapai aspirasi tertinggi. Seorang Presiden yang memimpin dengan mendengar. Realistik, praktikal dan mempunyai pertimbangan yang bijak dan sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat Amerika.
"Dalam pilihan raya ini, negara kita mempunyai peluang yang sangat berharga dan singkat untuk mengatasi kebencian, sinisisme dan perpecahan masa lalu. Satu peluang untuk melakar jalan baharu ke hadapan.
"Saya mencintai negara kita sepenuh hati. Di mana sahaja saya pergi dan setiap orang yang saya temui, saya melihat sebuah negara yang bersedia untuk maju ke hadapan. Bersedia untuk langkah seterusnya dalam perjalanan luar biasa iaitu Amerika.
"Saya melihat Amerika yang berpegang teguh pada kepercayaan tanpa rasa takut ,yang membina negara kita, yang memberi inspirasi kepada dunia. Di sini, di negara ini, segala-galanya adalah mungkin. Tiada yang mustahil," katanya pada malam terakhir Konvensyen Nasional Demokrat di Chicago.
Harris, yang baharu sahaja dicalonkan dalam pilihan raya Presiden selepas Joe Biden menarik diri, akan berhadapan dengan calon Republikan, Donald Trump pada 5 Nov.
Rakan gandingannya sebagai calon Naib Presiden, Gabenor Minnesota Tim Walz menyampaikan ucaptama pada Rabu.
Beliau memuji Harris sebagai seorang yang "kuat" dan berkata bahawa Harris akan "memperjuangkan kebebasan anda untuk menjalani kehidupan yang anda inginkan." - BERNAMA