Calon bebas Kais Saied pada Isnin diisytihar sebagai pemenang pilihan raya presiden Tunisia, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan suruhanjaya pilihan raya negara Tunisia.
Nabil Baffoun, ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Tinggi Bebas, mengumumkan keputusan rasmi pengundian yang berlangsung pada Ahad dalam satu sidang akhbar di ibu kota Tunis.
Baffoun berkata sejumlah 56.8 peratus pengundi domestik dan 24.4 peratus pengundi yang menetap di luar negara mengambil bahagian dalam pusingan kedua pilihan raya itu dan Saied meraih 72.71 peratus undi.
Saingan Saied, taikun media Nabil Karoui yang juga calon Parti Qalb Tounes atau Heart of Tunisia, memperoleh 27.29 peratus undi.
Rakyat Tunisia keluar mengundi pada Ahad dalam pusingan kedua pilihan raya presiden susulan kebangkitan yang berlaku di negara itu pada 2011.
Lebih tujuh juta rakyat Tunisia layak mengundi pada Ahad, menurut suruhanjaya pilihan raya negara itu.
Saied akan menggantikan Beji Caid Essebsi, presiden pertama Tunisia yang dipilih secara bebas, yang meninggal dunia pada Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 15 2019

Reaksi Kais Saied selepas keputusan rasmi pengundian diumumkan di Tunis, Tunisia, 13 Okt, 2019. REUTERS

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Kais Saied menangi pilihan raya presiden Tunisia
Sejumlah 56.8 peratus pengundi domestik dan 24.4 peratus pengundi yang menetap di luar negara mengambil bahagian dalam pusingan kedua pilihan raya itu dan Saied meraih 72.71 peratus undi.

Presiden Tunisia meninggal dunia di usia 92 tahun
Sebelum ini, presiden yang memerintah negara itu sejak 2014 sering keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu atas sebab kesihatan.

Pemuda Tunisia cuba cetus gelombang kedua 'Arab Spring'
Pada hari sama Presiden Beji Caid Essebsi dalam ucapannya berhampiran bandar Tunis telah berjanji untuk meningkatkan pekerjaan bagi golongan muda dan menyelar tindakan tunjuk perasaan yang diadakan.

Presiden Tunisia isytihar darurat susulan serangan bom ragut 12 nyawa
Presiden Tunisia, Beji Caid Essebsi hari ini mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu selain perintah berkurung di ibu negara, Tunis.

Serangan Sousse: Presiden Tunisia isytiharkan darurat
Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi mengisytiharkan darurat pada Sabtu berikutan serangan di Sousse minggu lalu yang mengakibatkan 38 pelancong warga asing terbunuh.