Polis Tunisia dilaporkan telah melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di bandar Ettadhamen bagi menyuarakan bantahan terhadap langkah-langkah penjimatan baharu oleh kerajaan.
Tunjuk perasaan bertukar ganas apabila kalangan pemuda berusia sekitar 20 tahun melempar batu ke arah polis anti rusuhan dan membakar tayar.
Ettadhamen merupakan sebuah daerah miskin di Tunis yang berdepan peningkatan peratus pengangguran.
Pada hari sama, Presiden Beji Caid Essebsi dalam ucapannya berhampiran bandar Tunis telah berjanji untuk meningkatkan pekerjaan bagi golongan muda dan menyelar tindakan tunjuk perasaan terbabit.
Mengulas lanjut, Essebsi berkata rakyat, khususnya golongan muda, beranggapan kerajaan tidak cuba melakukan sesuatu untuk golongan itu.
"Ramai yang mengadu tentang pengangguran dan sangka kita tidak melakukan apa-apa untuk mereka.
"Kami sedia maklum tentang itu dan kami tidak menafikan keperluan golongan tersebut," jelasnya.
Pada Ahad, Essebsi mengumumkan "dana solidariti" untuk keluarga dan golongan yang memerlukan.
Perdana Menteri Youssef Chahed akan memperuntukkan 100 juta dinar atau sekitar AS$40 juta untuk membantu 200,000 keluarga yang memerlukan.
Menurut Menteri Pekerjaan Sosial, Mohamed Trabelsi, hasil mesyuarat Kabinet pada Sabtu malam memperuntukkan penjagaan kesihatan percuma bagi golongan terbabit.
Tunjuk perasaan pada Ahad diadakan pada ulang tahun ketujuh insiden kebangkitan 'Arab Springs' yang menyaksikan sistem demokrasi di Tunisia lumpuh sepenuhnya pada 14 Januari 2011.
Hasil kebangkitan rakyat di Tunisia merebak ke beberapa negara Arab lain termasuk di Mesir.
Pemberontakan yang berlaku pada tahun terbabit menyaksikan kejatuhan pentadbiran Presiden Zine al-Abidine Ben Ali selepas 23 tahun memerintah Tunisia.
Agensi
Mon Jan 15 2018

Tunjuk perasaan bertukar ganas apabila kalangan pemuda berusia sekitar 20 tahun melempar batu ke arah polis anti rusuhan dan membakar tayar. -Reuters

Op Selamat 24 bermula 29 Mac, hampir 7,000 pegawai dan anggota terlibat
Sebanyak 6,957 pegawai dan anggota trafik akan bertugas sepanjang Op Selamat 24 sempena Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April ini.
AWANI Ringkas: Dua tren baharu tiba bulan depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Mac 2025
1️⃣ Dua tren baharu tiba bulan depan
2️⃣ Situasi tiga negeri semakin baik
3️⃣ Polis PJ tahan lelaki tempatan
#awaniringkas
1️⃣ Dua tren baharu tiba bulan depan
2️⃣ Situasi tiga negeri semakin baik
3️⃣ Polis PJ tahan lelaki tempatan
#awaniringkas

Banjir: KPWKM belum ada keperluan mohon peruntukan tambahan - Nancy
KPWKM tidak bercadang untuk memohon peruntukan tambahan bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas dengan bencana tersebut ketika ini.
Tradisi kekalkan kad raya jalin silaturahim
Kad raya? Ada lagi ke? Jawapannya, ya. Memang ada.
Tetapi kali ini, ada peranan teknologi - Kecergasan Buatan atau Artificial Intellingence, untuk menghasilkan kad Hari Raya Aidilfitri lebih mudah dan cantik.
Dan bagi seorang pemuda di Kepala Batas, Kedah, tradisi mengirim kad raya wajar dikekalkan kerana ia ada hubungan berbanding ucapan di laman media sosial.
Tetapi kali ini, ada peranan teknologi - Kecergasan Buatan atau Artificial Intellingence, untuk menghasilkan kad Hari Raya Aidilfitri lebih mudah dan cantik.
Dan bagi seorang pemuda di Kepala Batas, Kedah, tradisi mengirim kad raya wajar dikekalkan kerana ia ada hubungan berbanding ucapan di laman media sosial.
Penjualan secara fizikal berkurangan
Peniaga yang berniaga secara fizikal berpendapat bahawa mereka tidak mempunyai keuntungan yang banyak berbanding berniaga secara dalam talian.
Warga emas sayu persiapan raya hanyut dibawa arus banjir
Wakil Astro AWANI Johor sempat menemubual pasangan warga emas yang terkesan banjir hingga persiapan Aidilfitri dihanyutkan arus banjir.
Situasi tiga negeri semakin baik
Keadaan banjir di Johor, Sarawak dan Sabah bertambah baik pada petang apabila jumlah keseluruhan mangsa di pps berkurangan.
[TERKINI] Op Selamat 24 bermula 29 Mac Sehingga 3 April 2025
6,957 pegawai dan anggota trafik bertugas sepanjang Op Selamat 24 sempena Aidilfitri bermula 29 Mac hingga 3 April 2025.

Majlis Hak Asasi Manusia PBB bangkitkan kebimbangan mengenai penghantaran tentera Korea Utara
Draf resolusi yang dikemukakan pada Khamis oleh Poland dan Australia telah dikeluarkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia.

Kematian Morsi: Malaysia tunggu laporan teliti daripada Mesir - TPM
Malaysia terima kenyataan Pendakwa Raya Mesir, bagaimanapun bimbang dengan pelbagai laporan mengenai layanan yang diterima Morsi sebelum kematiannya.