BANGKOK: Thailand bakal menyaksikan rombakan Kabinet susulan tiga menteri terpaksa meletak jawatan selepas mahkamah mendapati mereka bersalah melakukan pemberontakan ketika tunjuk perasaan antikerajaan pada 2013 dan 2014, terhadap pentadbiran pimpinan Yingluck Shinawatra.
Menteri Ekonomi Digital Buddhipongse Punnakanta, Menteri Pendidikan Nataphol Teepsuwan dan Timbalan Menteri Pengangkutan Thaworn Sennea bersama 23 defendan lain didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah di Bangkok .
Mahkamah pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara antara lima hingga tujuh tahun dan empat bulan.
Mereka adalah antara 39 individu yang didakwa atas pelbagai tuduhan dan mengaku tidak bersalah semasa perbicaraan di Mahkamah Jenayah pada 2018.
Menurut Bangkok Post, 26 daripada 39 yang didakwa didapati bersalah melakukan pemberontakan, perhimpunan haram dan menghalang pilihan raya serta merosakkan harta benda kerajaan antara November 2013 dan Mei 2014 untuk menggulingkan pemerintahan Yingluck.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea-ngam berkata ketiga-tiga menteri Kabinet mesti segera meletak jawatan kerana hukuman penjara telah dijatuhkan.
Di bawah Seksyen 160 (7) perlembagaan 2017, orang yang dijatuhkan hukuman penjara tidak boleh menjadi menteri Kabinet, sama ada kes itu telah selesai atau hukuman penjara ditangguhkan, kecuali dalam kes pertuduhan kecil atau melibatkan fitnah.
Namun, berdasarkan perlembagaan mereka boleh membuat rayuan di ke mahkamah lebih tinggi.
Selain tiga menteri Kabinet itu, Mahkamah Jenayah juga menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban.
Suthep, pemimpin Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), mengetuai demonstrasi menentang kerajaan Yingluck yang membawa kepada rampasan kuasa tentera pada 2014 diketuai pemimpin junta tentera dan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha.
Prayuth kekal sebagai perdana menteri selepas rampasan kuasa dan dipilih menjadi Perdana Menteri pada 2019.
-Bernama
Bernama
Thu Feb 25 2021
![Kabinet Thailand dijangka dirombak selepas 3 menteri disabit kesalahan memberontak Kabinet Thailand dijangka dirombak selepas 3 menteri disabit kesalahan memberontak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614265822_thailand.jpg)
Selain tiga menteri Kabinet itu, Mahkamah Jenayah juga menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719209358_TBSukanAsia.jpg)
Sukan SEA: Makaf kemuka rayuan kepada Thailand
Persekutuan Karate Malaysia (Makaf) akan mengemukakan rayuan kepada tuan rumah Thailand, untuk menyenaraikan semula karate untuk dipertandingkan di Sukan SEA 2025.
![Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718954019_TBNorzaZakaria.jpg)
Sukan SEA 2025: Malaysia kemuka rayuan selepas pengecualian karate, wusyu
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mengemukakan rayuan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) untuk memasukkan beberapa sukan berpotensi pingat bagi Malaysia dalam Sukan SEA 2025 di Thailand.
![Thailand serah surat rasmi sertai BRICS Thailand serah surat rasmi sertai BRICS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718949788_BRICS.jpg)
Thailand serah surat rasmi sertai BRICS
Nikorndej berkata surat rasmi hasrat untuk menyertai kumpulan itu semasa mesyuarat menteri BRICS telah dikemukakan lebih seminggu lepas.
![Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51650887588_DURIAN.jpg)
Thailand anjur festival durian, tingkatkan perdagangan dengan China
Sambutan pesta durian pada Sabtu di selatan Thailand mempromosikan durian Thailand dan membantu lebih banyak buah memasuki pasaran China.
![ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718455454_tbKastam.jpg)
ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand-Malaysia pulang sempena Aidiladha
Ia berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
!['Saya akan bangkit semula' - Jojo 'Saya akan bangkit semula' - Jojo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717847126_TBJOJOMUAYTHAI.jpg)
'Saya akan bangkit semula' - Jojo
Jaguh Muay Thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo berikrar untuk bangkit semula selepas mengalami kekalahan pertamanya dalam ONE Championship di Bangkok.
![Pihak berkuasa Indonesia dan Thailand bekerjasama buru 'raja dadah' Fredy Pratama Pihak berkuasa Indonesia dan Thailand bekerjasama buru 'raja dadah' Fredy Pratama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717411889_TBFREDYPRATAMA.jpg)
Pihak berkuasa Indonesia dan Thailand bekerjasama buru 'raja dadah' Fredy Pratama
Polis Republik Indonesia mendedahkan bahawa rakan sejawat mereka dari Thailand kini sedang melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap raja dadah Indonesia, Fredy Pratama.
![Thailand sasar RM386 bilion hasil pelancongan tahun ini Thailand sasar RM386 bilion hasil pelancongan tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717227819_DonMuengairport.jpg)
Thailand sasar RM386 bilion hasil pelancongan tahun ini
Thailand menyasarkan untuk menjana hasil pelancongan sebanyak 3 trilion Baht pada 2024, berikutan pencapaian tahun lepas sebanyak 1.2 trilion Baht.
![Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708646523_thailand.jpg)
Thailand umumkan langkah baharu tarik pekerja mahir
PM komited meningkatkan daya saing Thailand melalui langkah-langkah baharu yang bertujuan memudah cara pemprosesan pelbagai jenis visa.