SEORANG lelaki terkaya Kazakhstan telah menafikan salah laku selepas menganjurkan parti di atas kapal layar mewah yang disyaki menyebabkan kebakaran hutan ekoran pertunjukan bunga api.
Daniyar Abulgazin yang juga seorang daripada lapan warga Kazakhstan yang berada di atas kapal mewah itu pada bulan lalu didakwa bersubahat melakukan pembakaran hutan oleh pihak berkuasa Greece.
Ahli perniagaan itu menyewa kapal layar Persephoni dan berada di kawasan itu ketika api marak sehingga menyebabkan 300 ekar tanah di pulau Hydra, selatan Athens musnah.
Greece sedang bergelut dengan gelombang haba pertamanya pada tahun ini dan anggota bomba dilaporkan memerangi beberapa kebakaran hutan setiap hari.
Pada mulanya, pihak berkuasa mendakwa bahawa bunga api dilancarkan terus dari kapal layar, tetapi kini media tempatan melaporkan ia mungkin dilancarkan dari pantai di pulau itu selepas penumpang Persephoni menaiki bot ke pantai.
Kes itu mencetuskan kemarahan di Greece, tambahan pula terdapat laporan penumpang kapal layar itu terbang pulang sejurus selepas kebakaran 21 Jun lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Abulgazin berkata, beliau telah menyewa Persephoni selama seminggu dan terbang pulang keesokan harinya - seperti yang lazimnya menjadi rancangannya.
Kata Abulgazin juga, beliau sudah bercakap dengan "wakil pihak berkuasa Greece, yang tidak membuat sebarang tuntutan terhadap saya atau tetamu saya berkaitan insiden ini."
Bahkan, wakil berkenaan juga "terkejut" selepas mengetahui dakwaan yang dibuat, ujar Abulgazin.
Abulgazin berkata, beliau "sangat sedih" dengan kebakaran itu, namun menegaskan, beliau mahupun tetamunya tidak melakukan apa-apa yang boleh menyebabkan tragedi itu.
“Kami mematuhi dengan ketat peraturan keselamatan kebakaran yang ditetapkan di kapal layar.
“Saya mahupun tetamu saya tidak meminta kru kapal layar itu atau mana-mana pihak ketiga untuk mengambil sebarang tindakan yang boleh mengakibatkan kebakaran," jelasnya.
Dalam masa sama,a beliau menjanjikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa Greece dalam siasatan mereka.
Kazakhstan tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Greece, justeru mereka tidak mungkin perlu pergi ke sana untuk disoal siasat.
Kapten dan pembantu pertama kapal layar itu masih ditahan, manakala 15 anak kapal lain yang pada mulanya ditangkap telah dibebaskan dengan ikat jamin bersyarat.
Abulgazin ialah tokoh utama dalam industri petroleum Kazakhstan dengan kekayaan peribadi dianggarkan AS$400m (RM1.9 bilion). - Agensi
Agensi
Tue Jul 02 2024

Seorang lelaki terkaya Kazakhstan telah menafikan salah laku selepas menganjurkan parti di atas kapal layar mewah yang disyaki menyebabkan kebakaran hutan ekoran pertunjukan bunga api. - Gambar REUTERS
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.

Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.

Jepun sumbang US$2 juta untuk bantuan kebakaran hutan di California
Jepun pada Rabu mengumumkan sumbangan sebanyak US$2 juta kepada California untuk menyokong usaha pemulihan selepas kebakaran besar yang meragut puluhan nyawa dan menyebabkan kerosakan besar.

Kebakaran LA: Angin kuat Santa Ana boleh tingkatkan kebakaran hutan
Angin Santa Ana yang bertiup dari gurun telah menyebarkan bara api sejauh 3 kilometer di hadapan kebakaran.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Datuk Bandar Los Angeles dikritik berhubung respons terhadap kebakaran besar
Sehingga Ahad, lebih 110,000 tandatangan telah dikumpulkan menerusi petisyen di Change.org yang menuntut peletakan jawatannya.

Kebakaran Los Angeles: Angka korban kebakaran hutan meningkat kepada 24
Angka korban akibat kebakaran hutan yang dahsyat di California, Amerika Syarikat (AS), meningkat kepada 24 orang pada Ahad.

Kebakaran Los Angeles: 14 maut, angka korban dijangka meningkat
Pegawai memberi amaran pada Ahad bahawa angka korban, yang kini mencecah 14 orang berkemungkinan meningkat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerosakan akibat kebakaran di California meningkat kepada US$150 bilion - AccuWeather
Anggaran awal kerosakan akibat kebakaran liar yang sedang berlaku di dalam dan sekitar Los Angeles telah meningkat kepada antara US$135 bilion dan US$150 bilion.