LONDON: Mohamed Al Fayed yang juga bekas pemilik gedung beli-belah masyhur di kota London Harrods dilaporkan meninggal dunia pada usia 94 tahun.
Al Fayed bapa kepada Dodi iaitu kekasih kepada mendiang Puteri Diana menghembuskan nafas terakhir akibat uzur pada 30 Ogos (Rabu) lalu.
Jutawan kelahiran kota Alexandria, Mesir itu membina empayar perniagaan di Timur Tengah sebelum berpindah ke United Kingdom (UK) pada tahun 1970-an.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai penjual minuman bergas dan pernah bekerja sebagai jurujual mesin jahit sebelum membina empayar kekayaan keluarganya dalam bidang hartanah, perkapalan serta pembinaan yang pertama di Timur Tengah, kemudian berkembang hingga ke Eropah.
Sekalipun pernah menjadi pemilik Harrods serta memiliki kelab bola sepak Fulham FC dan hotel lima bintang Ritz di Paris, namun, Al Fayed sentiasa hidup sebagai ‘orang luar’ di Britain.
Beliau tidak pernah dapat mencapai cita-citanya untuk mendapatkan pasport bagi negara angkatnya.
Al Fayed tidak sehaluan dengan kerajaan British kerana enggan memberikan kerakyatan kepadanya meskipun menetap di negara itu selama beberapa dekad.
Sepanjang hayatnya, Al Fayed pernah dua kali cuba mendapatkan kewarganegaraan British, namun, gagal.
Pada percubaan kedua pada tahun 1995, beliau marah dengan penolakan tersebut dan memberitahu media bahawa beliau telah membayar kepada dua menteri Konservatif, Neil Hamilton dan Tim Smith, untuk mengemukakan soalan di Parlimen berkaitan dengan kepentingannya.
Susulan pendedahan itu, kedua-dua menteri berkenaan meletakkan jawatan dan Hamilton, yang menafikan tuduhan tersebut juga kalah dalam kes fitnah terhadap Al Fayed.
Sementara seorang lagi ahli politik, Jonathan Aitken yang ketika itu menteri Kabinet juga meletakkan jawatan selepas Al Fayed mendedahkan bahawa beliau menginap secara percuma di Ritz di Paris, pada masa sama dengan sekumpulan penjual senjata dari Arab Saudi.
Sejak sedekad lalu, Al Fayed jarang muncul di khalayak dan menghabiskan masa di banglo mewah bersama isterinya, Heini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari Jumaat, keluarganya berkata: "Isteri Al Fayed, anak-anaknya dan cucunya ingin mengesahkan bahawa suaminya yang dikasihi, bapa mereka, dan datuk mereka,
Mohamed, telah meninggal dunia dengan tenang akibat uzur pada hari Rabu, 30 Ogos 2023.
Al-Fayed juga menghabiskan masa selama 10 tahun semata-mata mahu membuktikan Diana dan anaknya Dodi dibunuh apabila kereta mereka terbabas dalam terowong jalan raya di Paris pada 1997 ketika pasangan itu cuba melarikan diri daripada 'paparazi' yang menaiki motosikal.
Sementara itu, Fulham FC, yang dimiliki beliau selama berdekad menzahirkan rasa sedih dengan berita kematian beliau.
"Kami terhutang budi kepada Mohamed atas apa yang beliau lakukan untuk kelab kami dan ingatan kami ketika ini ialah bersama keluarga dan rakan-rakan beliau pada waktu yang suram ini," kata mereka dalam satu kenyataan.
Pengganti beliau di kelab itu, Shahid Khan yang turut menyampaikan ucapan takziah berkata, warisan peninggalan beliau akan kekal dalam ingatan.
"Kisah Fulham tidak dapat diceritakan tanpa mengaitkan impak positif Al Fayed sebagai Pengerusi.
"Warisan beliau akan diingati untuk peningkatan kelab ke Liga Perdana, Final Liga Eropah, dan momen-momen ajaib oleh pemain dan pasukan."
Bagi wartawan Piers Morgan, Al Fayed merupakan "seorang lelaki luar biasa yang tidak pernah pulih daripada kematian anak lelakinya yang dikasihi, Dodi, dalam kemalangan yang turut membunuh Diana.
Pada tahun 2010, Al Fayed menjual Harrods kepada dana kekayaan Qatar dengan hampir separuh daripada harga pembelian digunakan untuk membayar hutang syarikat tersebut.
Puteri Diana dan Dodi terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 31 Ogos 1997. - Agensi
Agensi
Sat Sep 02 2023
Mohamed Al Fayed yang juga bekas pemilik gedung beli-belah masyhur di kota London Harrods meninggal dunia pada usia 94 tahun.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Perbezaan adat dan budaya tambah kemeriahan sambutan Krismas pasangan kahwin campur
Steven Sam berkata, yang paling bertuah adalah anak-anaknya kerana berpeluang meraikan Krismas dalam suasana yang lebih istimewa.
AWANI Ringkas: Pencarian MH370 | Harga minyak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Dua dekad tsunami | Aceh berdamai dengan bencana
Dua dekad selepas tragedi tsunami 2004, kisah komuniti Desa Weu Raya , Loknga menjadi bukti komuniti Aceh bangkit semula dengan semangat baharu dan berdaya tahan terhadap ancaman bencana pada masa akan datang.
#AWANIRingkas 25 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 Disember 2024
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan akan kerjasama jika usaha membuahkan hasil - PM
2️⃣ Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
3️⃣ Tiga negeri dijangka alami hujan berterusan
#awaniringkas
Jepun longgar peraturan visa pelancong China
Langkah itu diambil susulan tindakan China pada akhir November untuk menyambung semula pengecualian visa bagi pelawat Jepun jangka pendek.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati'
PETRONAS menyambut tahun baharu dengan filem istimewa bertajuk ‘Setulus Hati’ yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan.
Tidak pernah wujud kaedah 'pintu belakang' kemasukan pelajar ke universiti awam
Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Universiti Awam (JKNCR UA) menegaskan bahawa kaedah ‘pintu belakang’ sama sekali tidak pernah wujud dalam proses kemasukan pelajar ke mana-mana universiti awam di Malaysia.
Jutawan Al Fayed yang juga bapa kekasih Puteri Diana meninggal dunia
Mohamed Al Fayed menghembuskan nafas terakhir akibat uzur pada 30 Ogos (Rabu) lalu.
Jangan kahwin kerabat selagi darah luka masih meleleh
Meghan Markle diberi amaran jangan berkahwin dengan Putera Harry yang mengaku memori kematian ibunya dalam nahas di Paris lebih 20 tahun lalu tak ubah seperti luka berdarah yang masih meleleh.