Sebaik sahaja sembuh daripada jangkitan koronavirus, seorang jururawat kembali menjalankan tugas di salah sebuah hospital di bandar Wuhan pada Selasa.
Menurut laporan China Central Television (CCTV), Guo Qin, 38, disahkan positif koronavirus pada awal Januari sewaktu ditugaskan menjaga pesakit yang dijangkiti virus baru itu di Hospital Zhongnan.
Selepas 20 hari menjalani rawatan dan dikenakan kuarantin, perkara pertama yang dikejar oleh Qin ialah untuk kembali berkhidmat di hospital.
Menurut jururawat yang bertugas di pusat kecemasan hospital berkenaan, beliau tidak memerlukan tempoh rehat yang lama.
“Saya dimaklumkan bahawa ketua jururawat telah bertugas selama 48 jam tanpa rehat dan berkerja lebih masa.
“Saya cukup risau apabila mendengar perkara itu dan saya mahu cepat sembuh dan kembali bertugas seawal mungkin,” kata Qin.
[LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
Tambah Qin, meskipun seramai 80 kakitangan perubatan telah ditugaskan pada saat kritikal ini, tiada di antara mereka yang ingin mengambil cuti rehat sekalipun.
“Semua orang, termasuk ketua jururawat meminta saya untuk berehat. Tetapi kami mempunyai semangat tinggi dengan pekerjaan kami, terutama sekali pada waktu begini yang mana khidmat jururawat itu sangatlah diperlukan.
“Kami tidak terfikir pun untuk mengambil masa rehat,” tambahnya.
Sehingga kini, jangkitan koronavirus dilaporkan telah mengorbankan 132 nyawa dan lebih daripada 6,000 kes dipercayai positif jangkitan tersebut.
BACA: Koronavirus: Kerajaan sedia bawa balik rakyat Malaysia di Wuhan - Dr Mahathir
BACA: Koronavirus: Angka kematian meningkat kepada lebih 130
Faris Danial Razi
Wed Jan 29 2020
![Jururawat positif koronavirus, kembali bertugas di hospital sebaik sembuh Jururawat positif koronavirus, kembali bertugas di hospital sebaik sembuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81580280155_coronavirus.jpg)
Selepas 20 hari menjalani rawatan dan dikenakan kuarantin, perkara pertama yang dikejar oleh Qin ialah untuk kembali berkhidmat di hospital. - Reuters
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Jururawat positif koronavirus, kembali bertugas di hospital sebaik sembuh Jururawat positif koronavirus, kembali bertugas di hospital sebaik sembuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/81580280155_coronavirus.jpg)
Jururawat positif koronavirus, kembali bertugas di hospital sebaik sembuh
Selepas 20 hari menjalani rawatan dan dikenakan kuarantin, perkara pertama yang dikejar oleh Qin ialah untuk kembali berkhidmat di hospital.
![Empat warga Jepun yang diterbangkan dari Wuhan ke Tokyo, dikejarkan ke hospital Empat warga Jepun yang diterbangkan dari Wuhan ke Tokyo, dikejarkan ke hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/51580274437_TBxjpg.jpg)
Empat warga Jepun yang diterbangkan dari Wuhan ke Tokyo, dikejarkan ke hospital
Empat mangsa yang dikuarantin itu dilaporkan seorang wanita berusia 50-an dan tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun.
![Koronavirus: Wuhan bina hospital khas, dijangka siap minggu depan Koronavirus: Wuhan bina hospital khas, dijangka siap minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/61579859336_TBxjpg.jpg)
Koronavirus: Wuhan bina hospital khas, dijangka siap minggu depan
Ia mempunyai keluasan kira-kira dua hektar, seperti mana yang pernah dibina di Beijing dalam tempoh tujuh hari ketika SARS pada 2003.