Pegawai Kesihatan Jepun mengesahkan seramai empat mangsa dalam penerbangan yang tiba di Tokyo dari Wuhan, lokasi di mana wabak koronavirus mula dikesan, mempunyai simptom koronavirus.
Menurut laporan portal Japan Times, keempat-empat mangsa daripada 206 penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Haneda pada pagi Rabu tersebut, mengalami batuk dan demam.
BACA: AS, Jepun cadang pindahkan rakyat yang terperangkap di Wuhan
BACA: Koronavirus: Jepun catat kes pertama dari mangsa tidak pernah ke Wuhan
Penerbangan yang mengambil masa tiga jam 30 minit itu telah mengarahkan kesemua penumpang dilengkapi bekalan bantuan kecemasan termasuk memakai topeng dan sarung tangan.
Ujian saringan terhadap kesemua rakyat Jepun itu juga telah dilakukan oleh pegawai kesihatan sebagai langkah waspada.
Empat mangsa yang dikuarantin itu dilaporkan seorang wanita berusia 50-an dan tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 tahun hingga 50 tahun.
Mereka kini dilaporkan telah dihantar ke hospital Tokyo menaiki ambulans berasingan bagi menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Terdahulu, kerajaan Jepun membuat keputusan bagi membawa pulang lebih kurang 650 rakyatnya yang terperangkap di Wuhan selepas kerajaan China telah menghalang sebarang pergerakan keluar dan masuk dalam mengekang penularan wabak novel koronavirus.
Setakat ini, jangkitan koronavirus dilaporkan telah mengorbankan sebanyak 132 nyawa dan lebih daripada 6,000 kes dipercayai positif jangkitan tersebut.
Astro Awani
Wed Jan 29 2020
Menurut laporan, keempat-empat mangsa daripada 206 penumpang yang tiba di lapangan terbang Haneda pada pagi Rabu tersebut mengalami batuk dan demam. - Gambar Reuters
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Jururawat positif koronavirus, kembali bertugas di hospital sebaik sembuh
Selepas 20 hari menjalani rawatan dan dikenakan kuarantin, perkara pertama yang dikejar oleh Qin ialah untuk kembali berkhidmat di hospital.
Empat warga Jepun yang diterbangkan dari Wuhan ke Tokyo, dikejarkan ke hospital
Empat mangsa yang dikuarantin itu dilaporkan seorang wanita berusia 50-an dan tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun.
Koronavirus: Wuhan bina hospital khas, dijangka siap minggu depan
Ia mempunyai keluasan kira-kira dua hektar, seperti mana yang pernah dibina di Beijing dalam tempoh tujuh hari ketika SARS pada 2003.