Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memendekkan cuti krismasnya di Hawaii untuk pulang ke Washington pada Khamis.

Ia bertujuan memujuk kongres mencapai satu perjanjian bagi mengelak tebing fiskal yang dijangka mencengkam ekonomi negara itu Januari ini.

Tebing fiskal yang melibatkan potongan perbelanjaan besar-besaran akan berkuatkuasa secara automatik sekiranya perbincangan antara Obama dengan kongres untuk mengurangkan hutang negara masih buntu.

Terdahulu, pemimpin senat parti Demokrat, Harry Reid mengkritik rakan sejawatnya di dewan perwakilan, speaker, John Boehner kerana tidak melaksanakan tugas sewajarnya.

Reid mendakwa Boehner lebih selesa menjaga kedudukannya hingga penggal baru 3 Januari depan.

Perbincangan sebelum ini juga tidak menemui sebarang jalan penyelesaian.

Potongan cukai akan berakhir 31 Disember ini dan ia akan kembali melonjak kepada kadar asal yang ditetapkan pentadbiranbekas presiden Bill Clinton pada 1990.

Ia bakal menyaksikan peningkatan cukai sebanyak 536 billion dolar Amerika, sekaligus memberi kesan besar kepada seluruh rakyat negara ‘Uncle Sam’ itu.