GAZA: Jumlah korban warga Palestin akibat serangan kejam Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 meningkat kepada 37,232 orang, sumber perubatan mengesahkannya pada Khamis.


Ringkasan AI
  • Jumlah korban warga Palestin akibat serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023 telah meningkat kepada 37,232 orang. Sekurang-kurangnya 85,037 yang lain cedera dalam serangan tersebut.
  • Dalam serangan yang dilakukan Israel dalam 24 jam yang lepas, sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan 105 lagi cedera.
  • Banyak lagi mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan dan berada di atas jalan kerana pasukan penyelamat masih belum dapat sampai kepada mereka.


Sumber berkata sekurang-kurangnya 85,037 yang lain cedera dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan 105 lagi cedera dalam serangan yang dilakukan Israel, 24 jam yang lepas.

Sumber berkata banyak lagi mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan dan berada di atas jalan kerana pasukan penyelamat masih belum dapat sampai kepada mereka.

-- BERNAMA