JUALAN Apple Watch Ultra 2 dan Apple Watch Series 9 secara rasmi diharamkan di Amerika Syarikat sejak semalam.
Ini adalah bagi mematuhi arahan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa AS (ITC) yang mengharamkan pengimportan dua model jam tangan pintar ini ke dalam negara selepas Apple didapati bersalah melanggar paten oksimeter milik Masimo Corp.
Apple lebih awal menghentikan jualan Ultra 2 dan Series 9 di Amerika Syarikat sebagai persediaan sebelum arahan diberikan.
Terdapat ura-ura kemas kini akan diberikan kepada watchOS bagi membolehkan penjualan diteruskan tetapi ini tidak berlaku.
Minggu lalu Apple masih mempunyai harapan Presiden Biden mungkin menggunakan kuasa veto menghalang arahan ITC tetapi ini juga tidak berlaku.
Apple telahpun mengemukakan rayuan kepada ITC supaya halangan import ini ditarik semula.
Masimo Corp menyaman Apple beberapa tahun lalu kerana teknologi oksimeter pengesanan oksigen dalam darah didakwa digunakan tanpa kebenaran.
ITC berpihak kepada Masimo dan akibatnya dua model terkini Apple Watch kini diharamkan.
Selain itu Apple juga berhadapan pula dengan kes saman Alivecor yang mendakwa teknologi ECG mereka juga digunakan tanpa kebenaran.
Seperti Masimo, Alivecor turut mengemukakan petisyen Apple Watch diharamkan import ke AS selagi kes ini tidak diselesaikan. -Amanz
Amanz
Wed Dec 27 2023

ITC mengharamkan pengimportan dua model jam tangan pintar itu selepas Apple didapati bersalah melanggar paten oksimeter milik Masimo Corp. -Amanz

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Apple Watch akan dikemas kini bagi membolehkan jualan di AS
Apple Watch Akan Dikemaskini Bagi Membolehkan Jualan Di Amerika

Jualan Apple Watch Ultra 2, Series 9 kini diharamkan di AS
ITC mengharamkan pengimportan dua model jam tangan pintar itu selepas Apple didapati bersalah melanggar paten oksimeter milik Masimo Corp.