AMMAN: Tentera udara Jordan memintas dan menembak jatuh berpuluh-puluh dron Iran yang melanggar ruang udaranya dan sedang menuju ke Israel.
Perkara itu disahkan dua sumber keselamatan serantau dalam laporan Reuters.
Mereka berkata, tentera juga berada dalam keadaan berjaga-jaga dan sistem radar memantau sebarang aktiviti dron yang datang dari arah Iraq dan Syria.
Penduduk di beberapa bandar di bahagian utara negara itu berhampiran Syria dan kawasan tengah dan selatan mendengar aktiviti udara yang berat.
Di kawasan kejiranan di selatan ibu negara Amman, 60 kilometer dari Baitulmaqdis, beberapa dron yang ditembak jatuh juga kelihatan.
Penduduk berkumpul di sekitar saki-baki satu dron besar yang disyaki jatuh di kawasan komersial pinggir bandar Marj al Hamam.
Sumber keselamatan sebelum ini berkata, tentera udara negara itu sedang mempergiatkan penerbangan peninjauan.
Jordan sebelum ini berkata ia menutup ruang udara bermula pada malam Sabtu kepada semua pesawat yang masuk, berlepas dan transit sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya serangan Iran merentasi sempadannya.
Jordan berjiran dengan Syria dan Iraq, kedua-dua negara di mana pasukan proksi Iran beroperasi dan juga bersebelahan dengan Israel dan Tebing Barat yang diduduki Israel.
Astro Awani
Sun Apr 14 2024
Objek dipercayai dron dari Iran dilihat di langit Amman menuju ke Israel. - Foto REUTERS
Kerjasama antara negara ASEAN tangani kekurangan bekalan
Malaysia dijangka tidak akan berdepan dengan isu kekurangan bekalan makanan walaupun menghadapi cabaran banjir. Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu, ia berdasarkan kajian Food and Agriculture Organization (FAO), dan Malaysia berada di kedudukan kedua di belakang Singapura, negara yang paling terjamin makanan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Disember 2024.
Lelaki dilaporkan hilang ditemukan meninggal dunia dalam kereta
Safri Mohd Ali dijumpai orang awam di dalam kereta Perodua Viva sekitar 4 petang tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Tumpuan Ahad – 22 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Itali nyata solidariti, tidak boleh sifatkan bukan kes terpencil
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, menyatakan solidariti kepada Jerman susulan insiden seorang pemandu yang merempuh kumpulan besar pengunjung di sebuah pasar Krismas di bandar Magdeburg, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya empat orang maut.
Ribuan rakyat Korea Selatan desak Suk Yeol dihukum
Puluh ribu rakyat Korea Selatan berarak di tengah bandar Seoul pada Sabtu bagi mendesak Presiden Yoon Suk Yeol dihukum.
Ia kerana tindakan Suk Yeol yang mengisytihar undang-undang tentera bercanggah dengan perjuangan demokrasi abad ke-21.
Ia kerana tindakan Suk Yeol yang mengisytihar undang-undang tentera bercanggah dengan perjuangan demokrasi abad ke-21.
Malaysia akan teruskan kesinambungan dengan era Trump - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah memulakan libat urus awal dengan pasukan Trump untuk memastikan kesinambungan hubungan dua hala yang erat dengan AS, rakan dagang dan pelaburan utama negara.
Jerebu menebal, rakyat sengsara, apa tindakan kerajaan?
Bermengah, semput, mata pedih...semakin hari semakin teruk. Begitu rungut penduduk yang tinggal di bandar paling tercemar di dunia, New Delhi. Jerebu bukan semakin pulih, sebaliknya semakin merosot.
Itali denda OpenAI 15 juta euro selepas siasatan ChatGPT
Pihak berkuasa perlindungan data Itali (GPDP) mengenakan denda sebanyak 15 juta euro (RM70.5 juta) terhadap OpenAI berhubung penggunaan data peribadi oleh ChatGPT, namun syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS) itu mahu mengemukakan rayuan.
Arab Saudi pernah beri amaran kepada Jerman
Arab Saudi pernah memberi amaran kepada Jerman mengenai lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden di pasar Krismas Magdeburg, menurut sumber keselamatan Arab Saudi. Agensi berita Jerman (dpa) melaporkan Arab Saudi juga telah meminta ekstradisi suspek yang dikenali sebagai Taleb A. di bawah undang-undang Jerman, tetapi Jerman tidak memberi sebarang maklum balas, kata sumber itu.
Negara-negara Arab sambut baik perkembangan di Syria selepas Assad digulingkan
Beberapa negara Arab menyambut baik perkembangan terkini di Syria yang menyaksikan tampuk pimpinan Bashar al-Assad digulingkan.
Palestin, Jordan kecam seruan Menteri Israel luaskan kedaulatan di Tebing Barat
Kedua-dua negara memberi amaran bahawa rancangan itu boleh mencetuskan "peperangan besar di rantau ini".
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Anwar di tempat ke-15 dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai di tempat ke-15 dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.
Jordan atasi Palestin, kutip tiga mata pertama kempen kelayakan Piala Dunia 2026
Penyerang Yazan Al-Naimat muncul wira skuad The Chivalrous Ones itu selepas meledak dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua.
Penduduk Jordan beri penghormatan kepada penyerang bunuh tiga warga Israel
Ratusan penduduk Jordan beri penghormatan kepada warga Jordan yang terbunuh selepas membunuh tiga orang awam Israel di Tebing Barat yang diduduki.
Jordan sambut baik keputusan UK gantung sebahagian eksport senjata ke Israel
Jordan sifatkan keputusan Britain gantung lesen eksport senjata ke Israel langkah penting dalam usaha melindungi nyawa orang awam.
Jordan catat kes mpox pertama tahun ini
Kementerian Kesihatan Jordan mengumumkan pada Isnin bahawa negara itu mencatatkan kes pertama mpox pada tahun ini.
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara - Ewon
Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai "duta" untuk mempromosikan produk PMKS dan koperasi negara.