KYOTO: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul belum menerima sebarang notis rasmi daripada mana-mana pihak, berhubung kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu yang digugurkan keahlian mereka dalam parti, baru-baru ini.
Johari berkata beliau juga memerlukan masa untuk meneliti semua perkara dengan cermat, terutama melibatkan undang-undang termasuk akta anti lompat parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663), sebelum memutuskan sebarang keputusan terhadap mereka.
"Pertamanya, pada masa ini belum ada lagi (notis dihantar). Apa berlaku di luar itu pada saya adalah noise dan selagi saya tak menerima secara hitam putih apa yang disebut oleh parti, apa tindakan diambil oleh parti terhadap parti mereka, saya rasa itu bukan bidang kuasa saya...saya tidak harus masuk campur.
"Kedua, saya ambil sikap bahawa mereka mungkin ahli parti, tetapi apabila mereka mengangkat sumpah di depan saya untuk menjunjung Perlembagaan dan taat setia kepada Malaysia di hadapan saya, jadi saya harus mengambil tanggungjawab untuk mempertahankan kebebasan dan hak Parlimen," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebelum dibawa melawat Kyoto State Guest House yang merupakan sebuah penginapan rasmi untuk tetamu negara bagi Jepun, dengan Johari turut diberi penghormatan untuk menginap di situ.
Johari kini dalam rangka lawatan rasmi lima hari bersama delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun bermula Isnin, atas undangan Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga.
Turut menyertai delegasi itu ialah Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabangsa yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Sin; Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Vivian Wong Shir Yee (Sandakan); dan Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (Jempol).
Johari berkata sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, beliau akan mengambil tanggungjawab untuk menilai setiap tindakan wakil rakyat sebagai Ahli Parlimen dan bukan ahli mana-mana parti.
"Untuk saya mengambil tindakan, saya mesti berhati-hati, saya mesti mendalami segala-galanya, semua aspek sebab apa juga keputusan yang saya buat (bukan sahaja) akan memberi kesan kepada ahli parti itu atau Ahli Parlimen tetapi juga negara.
"Saya mengambil sikap amat berhati-hati serta cermat dan selagi saya tidak yakin dengan keputusan yang saya buat itu, saya tak akan buat dulu.
"Saya amat berhati-hati bukan sahaja undang-undang tetapi moral dan segalanya saya kena pastikan bahawa tindakan saya itu betul dan saya tidak mahu dipersalahkan atau rasa bersalah apabila saya tidak berada di jawatan itu nanti," katanya.
Sebelum ini, enam Ahli Parlimen Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan bertulis Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti, untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.
Enam Ahli Parlimen itu ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
![Johari belum terima notis kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen Johari belum terima notis kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713518091_JohariAbdul.jpg)
Johari berkata beliau juga memerlukan masa untuk meneliti semua perkara dengan cermat sebelum memutuskan sebarang keputusan terhadap mereka. - Gambar fail/Bernama
![Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719230075_tanahruntuhgunung.jpg)
Tanah runtuh sekitar Masilau di kaki Gunung Kinabalu, situasi terkawal
Pemantauan di kawasan kejadian tanah runtuh sekitar Mesilou, Kundasang di kaki Gunung Kinabalu mendapati, keadaan adalah terkawal.
Pembangkang anggap keputusan Speaker tidak wajar
Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara yang dibangkitkan mereka adalah bertepatan dengan undang-undang dan Aturan Urusan Mesyuarat.
![Bursa Malaysia menyusut susulan aktiviti pengambilan untung berterusan Bursa Malaysia menyusut susulan aktiviti pengambilan untung berterusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia menyusut susulan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada 5 petang hari ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 0.05 peratus atau 0.71 mata kepada 1,589.66 daripada 1,590.37 ketika ditutup Jumaat lepas
![Pasaran getah ditutup rendah sedikit Pasaran getah ditutup rendah sedikit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698295386_TBgetah.jpg)
Pasaran getah ditutup rendah sedikit
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah sedikit pada Isnin, seiring dengan aliran menurun di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
![Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil sepanjang hari, kata seorang penganalisis.
[TERKINI] MBSB Bank sudah kembalikan RM24.2 juta dicuri sindiket
MBSB Bank Berhad sudah memulangkan semula wang daripada empat Akaun Simpanan Tetap berjumlah RM24.2 juta.
JKM kesan 506 taska tidak berdaftar di seluruh negara
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, semua TASKA tersebut diberi notis peringatan dan tindakan penguatkuasaan seperti lak, kompaun dan pendakwaan.
4,695 kes kehilangan kanak-kanak bawar 18 tahun dilaporkan sejak 2019
Sebanyak 4,695 kes kehilangan kanak-kanak bawah umur 18 tahun dilaporkan sejak 2019 hingga April tahun ini.
![Kebakaran hutan, banduan di penjara keselamatan maksimum Quebec dipindahkan Kebakaran hutan, banduan di penjara keselamatan maksimum Quebec dipindahkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719229847_TBkebakaran.jpg)
Kebakaran hutan, banduan di penjara keselamatan maksimum Quebec dipindahkan
Banduan di sebuah penjara keselamatan maksimum di pantai utara Quebec telah dipindahkan akibat kebakaran hutan yang semakin memuncak.
AWANI Borneo [24/06/2024] – Tanah runtuh Gunung Kinabalu | Siapa ganti Mutang | Brunei-Sarawak perkukuh hubungan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Syaff Shukri
#AWANIBorneo 24 Jun 2024
- Tanah Runtuh JBPM Sabah pantau kawasan sekitar Gunung Kinabalu
- Speaker Dewan Negara baharu mungkin dari Sarawak - Abang Jo
- Sultan Hassanal Bolkiah berkenan terima mengadap Tun Wan Junaidi
#AWANInews
#AWANIBorneo 24 Jun 2024
- Tanah Runtuh JBPM Sabah pantau kawasan sekitar Gunung Kinabalu
- Speaker Dewan Negara baharu mungkin dari Sarawak - Abang Jo
- Sultan Hassanal Bolkiah berkenan terima mengadap Tun Wan Junaidi
#AWANInews
![Impak rasionalisasi subsidi diesel memberangsangkan, seperti dirancang - Amir Hamzah Impak rasionalisasi subsidi diesel memberangsangkan, seperti dirancang - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710161740_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Impak rasionalisasi subsidi diesel memberangsangkan, seperti dirancang - Amir Hamzah
Beliau berkata perkara ini berikutan trend peningkatan jualan diesel komersial yang menggambarkan tanda positif bahawa ketirisan diesel bersubsidi, telah berkurang.
![Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719219595_TBKhaledNordin.jpg)
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.
![Isu sokong PM: Wan Saiful dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Isu sokong PM: Wan Saiful dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718773678_WanSaifulWanJan.jpg)
Isu sokong PM: Wan Saiful dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
Azalina bangkit memaklumkan Wan Saiful pada 21 Mac telah menyatakan bahawa pertuduhan kes mahkamah terhadapnya boleh dibatal dan digugurkan.
![Tuntutan Sulu, isu ‘dark side’ dan projek LCS tumpuan hari pertama sidang Dewan Rakyat Tuntutan Sulu, isu ‘dark side’ dan projek LCS tumpuan hari pertama sidang Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698639789_TBDEWANRAKYAT.jpg)
Tuntutan Sulu, isu ‘dark side’ dan projek LCS tumpuan hari pertama sidang Dewan Rakyat
Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan-soalan berkenaan akan diajukan pada sesi Soal Jawab Lisan persidangan Dewan Rakyat.
![PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719178662_WanAhmadFayhsal.jpg)
PN bakal ‘gegarkan’ Dewan Rakyat - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata, mesyuarat prasidang Parlimen berlangsung pada Ahad memutuskan gabungan parti itu akan membawa suara rakyat.
![PM minta Ahli Parlimen jangan ponteng sidang Dewan Rakyat - Mohamad PM minta Ahli Parlimen jangan ponteng sidang Dewan Rakyat - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719143295_tbMohamadHasan.jpg)
PM minta Ahli Parlimen jangan ponteng sidang Dewan Rakyat - Mohamad
Pertemuan itu adalah sebagai persediaan sebelum bermula persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-15, yang akan bersidang esok (24 Jun) hingga 18 Julai.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Jun 2024.
![MOF, LADA beri keterangan lima syor PAC MOF, LADA beri keterangan lima syor PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718194384_TBMAS.jpg)
MOF, LADA beri keterangan lima syor PAC
MOF dan LADA telah memberikan keterangan serta penjelasan yang terperinci berhubung lima syor yang dikemukakan dalam Laporan PAC.
![Rang undang-undang berhubung perdagangan karbon dibentang sebelum akhir tahun ini - TPM Fadillah Rang undang-undang berhubung perdagangan karbon dibentang sebelum akhir tahun ini - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718182517_TBFADILLAHKUCHING.jpg)
Rang undang-undang berhubung perdagangan karbon dibentang sebelum akhir tahun ini - TPM Fadillah
Kerajaan Persekutuan merancang untuk membentangkan satu rang undang-undang berhubung perdagangan karbon sebelum akhir tahun ini.
![Johari belum terima notis kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen Johari belum terima notis kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713518091_JohariAbdul.jpg)
Johari belum terima notis kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen
Johari belum menerima sebarang notis rasmi daripada mana-mana pihak, berhubung kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu yang digugurkan keahlian mereka dalam parti, baru-baru ini.