Kerajaan pada Selasa mengumumkan strategi eksport baharu, berusaha mencapai sasaran 34 trilion yen menjelang 2025.
Permintaan infrastruktur luar negara Jepun mencatat nilai 31 trilion yen pada 2022, meningkat kira-kira 60 peratus berbanding 2014.
Strategi itu akan menyokong syarikat Jepun memperluas eksport infrastruktur dalam bidang keselamatan ekonomi utama seperti tenaga dan makanan, memandangkan negara masih bergantung kepada import untuk sumber kritikal itu.
"Saya berharap kerajaan dapat terus bekerja bersama-sama untuk mencapai kemajuan lebih besar," kata Perdana Menteri Shigeru Ishiba dalam satu mesyuarat di pejabatnya.
-- BERNAMA