TOKYO: Kerajaan Jepun beri amaran mengenai kemungkinan gangguan elektrik yang meluas di Tokyo dan kawasan sekitarnya.
Ia selepas loji jana kuasa yang dilanda gempa bumi kuat minggu lalu bergelut untuk memenuhi permintaan yang meningkat disebabkan suhu sejuk pada ketika ini.
Ini amaran pertama kali gangguan elektrik untuk ibu kota dan wilayah lain ketika mana bekalan terputus kerana beberapa loji jana kuasa haba masih ditutup selepas gempa bumi.
Kementerian industri menyeru orang ramai untuk menjimatkan tenaga sepanjang amaran itu, tetapi dengan salji dan suhu sejuk di ibu negara, permintaan dipercayai kekal tinggi.
Kata Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Koichi Hagiuda, pihaknya hanya mahu mencapai penjimatan kuasa sekitar 1.5 juta kilowatt, iaitu dua hingga 3.5 juta kilowatt kurang daripada paras sasaran.
Jika tidak, kata beliau, situasi di mana kerajaan perlu melakukan pemotongan elektrik secara meluas akan dibuat seperti yang dilakukan pada hari gempa bumi untuk mengelakkan penghentian bekalan tenaga secara meluas.
Masalah itu dipercayai menjadi situasi kuasa paling sukar di kawasan Tokyo sejak Mac 2011 apabila penghentian bekalan tenaga secara meluas dimulakan selepas tsunami yang dicetuskan gempa melumpuhkan loji nuklear Fukushima dan menutup kemudahan nuklear lain.
Kekurangan bekalan semasa sebahagiannya disebabkan oleh gempa bumi kuat 7.4 magnitud di timur laut Jepun minggu lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan merosakkan beberapa loji kuasa haba.
Operasi di enam loji kini digantung akibat daripada pelbagai kerosakan termasuk pada dandang, transformer dan turbin.
Walaupun sesetengahnya dijangka beroperasi semula pada akhir Mac, bagi yang lain-lain, pembaikan boleh mengambil masa beberapa bulan.
Masalah bekalan itu berlaku apabila suhu serendah 2 darjah Celcius melanda Tokyo, cuaca sejuk di luar musim sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Astro Awani
Wed Mar 23 2022

Sebuah kedai yang dikosongkan susulan gempa bumi yang melanda Jepun. - Foto AP
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.

Gempa bumi gemparkan penduduk Santorini, Greece
Pulau percutian popular di Greece, Santorini digegarkan oleh siri gempa bumi beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan pihak berkuasa menutup sekolah pada Isnin.

Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.

Gempa bumi di Timur Indonesia, turut dirasai di Sabah
Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna,Tawau, dan Lahad Datu, Sabah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud gegar selatan Filipina
Gempa tektonik berkenaan berpotensi mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan.