Presiden baharu China, Xi Jinping, dalam ucapan pertama sebagai ketua negara berjanji akan merealisasikan setiap impian dan kemahuan rakyat negara itu.

Pada masa sama, beliau mahu memastikan hubungan baik antara masyarakat dijadikan sebagai salah satu kekuatan kepada China.

Menurut Jinping, setiap impian rakyat China mesti menjadi keutamaan kerajaan.

Beliau berkata, "Untuk merealisasikan impian China, rakyat China mesti mengambil cara Cina. Impian China, adalah impian rakyat. Kita mesti sedar dengan bergantung kepada rakyat. Kami mahu membawa manfaat kepada rakyat.”

Katanya, penyatuan antara masyarakat mampu mengekalkan keamanan di negara itu.

Jinping turut memberi penghargaan kepada rakyat kerana memilih beliau sebagai Presiden yang baharu.

Beliau turut menyifatkan pemilihannya itu sebagai misi berjaya dan tanggungjawab kepada rakyat.