LAM DONG (Vietnam): Jambatan kaca Ngan Thong yang menghubungkan Thung Lung Tinh Yeu (Lembah Cinta) dan Bukit Mong Mo, iaitu dua tarikan pelancong utama di bandar peranginan Da Lat, kini dibuka kepada orang awam bermula 19 Ogos selepas empat tahun pembinaan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Wilayah Lam Dong, Pham S, menegaskan bahawa pembinaan baharu berkenaan akan menjadi produk pelancongan bertaraf tinggi.
Jambatan gantung ini terletak kira-kira 90 meter di atas hutan pain, sepanjang 325 meter dengan lebar sekitar tiga meter, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Jambatan ini mampu menampung 200 pelancong pada satu-satu masa, dan pengunjung dapat menikmati pemandangan panorama gunung Langbiang dan sebahagian bandar Da Lat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023

Jambatan gantung ini terletak kira-kira 90 meter di atas hutan pain, sepanjang 325 meter dengan lebar sekitar tiga meter. - Gambar/ Reuters

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Jambatan kaca di Da Lat, Vietnam kini dibuka
Jambatan kaca Ngan Thong yang menghubungkan Thung Lung Tinh Yeu (Lembah Cinta) dan Bukit Mong Mo, iaitu dua tarikan pelancong utama di bandar peranginan Da Lat, kini dibuka kepada orang awam.