Apa yang berlaku?
Jakarta, wilayah yang dihuni warga yang populasi sebesar negara Malaysia, hari ini mengalami gangguan elektrik besar-besaran.
Berdasarkan pemerhatian kru Astro AWANI di Jakarta, keadaan berlaku sekitar pukul 11.50 pagi waktu Jakarta (12.50 tengahari waktu Malaysia).
Mujur keadaan berlaku pada hari Ahad. Ibu kota Indonesia ini tidak sesibuk hari-hari bekerja.
Apa impaknya?
Bagi warga kepulauan Jawa dan pelancong asing, keadaan ini bermakna rutin kehidupan terganggu seketika.
Bagi mereka yang berada di dalam komuter dan MRT, mereka terperangkap dan tiada cara lain selain terpaksa keluar dari pengangkutan awam itu. Itulah yang berlaku di beberapa laluan MRT Bendungan Hilir-Istora, Istora-Bendungan Hilir, Lebak Bulus-Fatmawati and Fatmawati-Lebak Bulus.
Bagi pelancong asing dan domestik yang menginap di hotel-hotel besar di Jakarta, koridor hotel tidak cerah seperti biasa. Dalam tempoh sejam, nak ‘Google’ pun tidak boleh. Hotel-hotel ketika ini terpaksa bergantung kepada generator.
Warga kepulauan Jawa yang terkesan segera berkongsi rasa di media sosial dengan pelbagai hashtag. Antaranya #MatiLampu, #JakartaBlackout. Tidak kurang juga yang melihat sisi positif kepada alam sekitar dengan menganggap senario ini sebagai momen Earth Hour.
Apa puncanya?
Syarikat bekalan tenaga elektrik Indonesia, PLN memaklumkan ‘blackout’ ini berpunca daripada masalah yang berlaku di loji jana kuasa 500 KV 1 di Jakarta.
Berdasarkan perincian, bekalan elektrik terputus selepas ada masalah pada gas turbin 1 hingga 6 dan gas turbin 7 terpaksa dimatikan.
Ada wilayah lain yang terkesan?
Selain Jakarta, wilayah di Jawa Barat juga terpaksa bergelap. Antaranya Bandung, Bekasi, Cianjur, Cimahi, Cirebon, Garut, Karawang, Purwakarta, Majalaya, Sumedang, Tasikmalaya, Depok, Gunung Putri, Sukabumi dan Bogor.
Bila keadaan pulih sepenuhnya?
Sehingga saat ini, pihak berkuasa terlibat sedang berusaha memulihkan keadaan.
Tiada tempoh masa yang jelas digariskan tetapi PLN telah melaksanakan sesuatu yang penting di peringkat ini — mereka memohon maaf kepada semua penduduk yang terlibat.
Astro Awani
Sun Aug 04 2019

Bagi mereka yang berada di dalam komuter dan MRT, mereka terperangkap dan tiada cara lain selain terpaksa keluar dari pengangkutan awam itu. - Gambar REUTERS

Polis siasat dakwaan wanita ditampar pemandu kereta
Menurut polis, lelaki itu dikatakan memandu secara melulu, menyebabkan wanita berkenaan terpaksa menekan brek secara mengejut.

Kerajaan Korea Selatan lulus geran kecemasan untuk wilayah terjejas kebakaran hutan
Selain itu, kerajaan peruntuk 50 juta won sebagai dana bantuan bencana bagi membantu mangsa dan penduduk yang dipindahkan di Sancheong.

Sukan Olimpik Khas UAE perkukuh impak serantau dengan pungutan pingat terbanyak
Bermula pada awal 1990-an di bawah Persekutuan Sukan Orang Kurang Upaya UAE, ia berkembang menjadi satu gerakan nasional yang semakin kukuh.

ABIM gesa penglibatan Israel dalam aktiviti sukan antarabangsa dihalang
Antaranya, desakan agar badan-badan sukan antarabangsa menggantung penglibatan pasukan dan atlet Israel dalam sukan antarabangsa.
10 Berita Pilihan - (23 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 24 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
JPJ keluar notis larangan operasi ke atas 11 bas
Hasil operasi, lebih 500 bas diperiksa di depoh terbabit terlibat dan slip pemeriksaan dikeluarkan bagi kenderaan yang mematuhi standard di samping aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan dengan baik.
Op Selamat 24 bermula 29Mac, hampir 7,000 warga JSPT terlibat
Beliau berkata 25 lokasi ‘hotspot’ atau kerap berlaku kemalangan serta 46 lokasi ‘blackspot' yang kerap berlaku kemalangan maut di lebuh raya utama di seluruh negara dikenal pasti.
800 lokasi jalan berlubang di Johor dibaiki dalam tempoh dua hari
Kerja membaiki jalan berlubang di 800 lokasi di lima daerah terjejas banjir di Johor, iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Kulai akan diselesaikan dalam tempoh dua hari bermula hari ini.

Mahmoud Abbas tuduh Israel guna air sebagai senjata perang dan pemindahan paksa
Pelanggaran oleh Israel bukan sahaja melibatkan serangan langsung, tetapi juga tindakan menghentikan perkhidmatan asas secara sengaja.

Bandar Labuan bergelap akibat gangguan bekalan elektrik
Beberapa kawasan di Labuan bergelap hampir 18 jam bermula 4 petang semalam berikutan gangguan bekalan elektrik tidak berjadual.

PRN: TNB siap siaga pastikan bekalan elektrik stabil pada hari mengundi
Lebih 2,500 pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) diletakkan dalam keadaan tunggu sedia di lapangan dan di bilik gerakan operasi di enam negeri terlibat ketika proses pengundian PRN.

Instagram bertukar 'blackout', Judika mohon maaf
Judika mengakui dia sempat mematikan telefon bimbitnya selepas menerima pelbagai maklum balas daripada peminat.

PRU15: TNB sahkan 'blackout' di pusat kiraan undi di Gombak
Perkara itu disahkan sendiri oleh Tenaga Nasional Berhad menerusi perkongsiannya di Twitter sebentar tadi.

Terminal utama KLIA alami gangguan bekalan kuasa sementara, kini kembali berfungsi
Bangunan terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dilaporkan turut mengalami gangguan bekalan kuasa berikutan gangguan elektrik yang berlaku di Lembah Klang pada Rabu.

Ahli Parlimen sifatkan gangguan elektrik di Sabah 'terlalu dahsyat'
Mohamad berkata, rakyat di negeri itu termasuk kawasan Parlimen beliau menghadapi gangguan elektrik hampir setiap hari.

288 ahli Bersatu terhenti keahlian serta-merta - Hamzah
Seramai 288 ahli Parti Primbumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan dihentikan keahlian mereka berkuatkuasa serta-merta.

Jakarta terputus bekalan elektrik besar-besaran, ramai 'naik angin'
Jakarta, wilayah yang dihuni warga yang populasi sebesar negara Malaysia, hari ini mengalami gangguan elektrik besar-besaran.

Najib cipta hashtag #TsunamiPHitnah tempelak pembangkang
Fitnah yang dilontarkan semakin berleluasa dan dahsyat, yang berupaya memporakperandakan dan mampu membinasakan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia sejak sekian lama.

Gangguan elektrik: SEB mohon maaf, janji siasat punca sebenar kejadian
Gangguan bekalan elektrik di Sarawak pada Khamis berkemungkinan berpunca daripada Stesen Janakuasa Hidroelektrik Bakun.