KUALA LUMPUR: Satu Sesi Khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UNGA) akan diadakan bagi membahaskan mengenai 'Situasi Terkini di Timur Tengah' dan 'Soal Palestin', hari ini.
Sesi tersebut terhasil susulan usaha berterusan rakyat Malaysia menekan komuniti dunia dan mengecam kekejaman rejim Zionis secara maya, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Menurutnya, keputusan Presiden UNGA Volkan Bozkir mengadakan sesi berkenaan di New York juga merupakan hasil desakan bersama ketiga-tiga pemimpin negara Islam di Asia Tenggara.
Desakan sebelum ini dibuat Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
"Keberkesanan desakan dan tekanan yang dilakukan Malaysia ini turut diakui sendiri Presiden Persatuan Kebudayaan Palestin Malaysia (PICOM) yang menyatakan rakyat Malaysia telah berjaya mengubah pandangan masyarakat antarabangsa terhadap Israel.
"Inilah kekuatan apabila semua memainkan peranan dan bersatu-padu. Di pihak kementerian, kami telah menggunakan setiap ruang bagi mendapatkan resolusi kolektif organisasi-organisasi pelbagai hala.
"Ini termasuk desakan tegas kepada Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar berhenti membisu, sebaliknya bertindak segera mengikut enam syor Malaysia; serta menggesa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengkaji semula rancangan menempatkan pasukan bersenjata PBB bagi melindungi rakyat Palestin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, UNSC jelas gagal mencapai kesepakatan walaupun sudah tiga kali bersidang, atas sebab kuasa veto satu negara sahaja.
"Seperti saya sebut sebelum ini, kekurangan azam politik organisasi-organisasi pelbagai hala ini tidak boleh terus dijadikan alasan untuk mengabaikan tindakan penjajahan Zionis Israel yang semakin berleluasa.
"Cukup-cukuplah masyarakat antarabangsa berdiam diri. Apa yang berlaku sekarang adalah jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
"Rakyat Malaysia, jangan pandang rendah kekuatan suara anda. Teruskan usaha anda semua!" tegasnya.
Afiezy Azaman
Thu May 20 2021
Hishammuddin berkata, UNSC jelas gagal mencapai kesepakatan walaupun sudah tiga kali bersidang, atas sebab kuasa veto satu negara sahaja. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Keldai akaun | PRK DUN Nenggiri | Liga Super
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tola dari Ethiopia rangkul emas maraton lelaki dengan rekod Olimpik baharu
Tola melepasi garisan penamat dengan catatan masa 2:06:26, mengatasi rekod Sukan Olimpik sebelum ini iaitu 2:06:32 oleh Samuel Wanjiru dari Kenya.
Peruntukan kepada sekolah ikut keperluan - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peruntukan kepada sekolah akan disalurkan mengikut keperluan dan keutamaan masing-masing.
AWANI Ringkas: Wanita diserang di surau | Remaja menyamar doktor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 10 Ogos 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 10 Ogos 2024
1️⃣ Polis kenal pasti suspek
2️⃣ Suspek dibebas, dirujuk pemeriksaan psikiatri
3️⃣ PM bentang data 17 Ogos ini
#awaniringkas
1️⃣ Polis kenal pasti suspek
2️⃣ Suspek dibebas, dirujuk pemeriksaan psikiatri
3️⃣ PM bentang data 17 Ogos ini
#awaniringkas
Ramasamy dilantik Pengerusi MIC Perak ganti Elango
Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Pengerusi MIC Perak menggantikan Datuk V. Elango bagi penggal 2024-2027.
Daftar sijil halal, manfaatkan potensi besar industri halal di Sabah - Ewon
Sabah memiliki potensi yang besar dalam industri halal berdasarkan sumber bahan mentah dan barangan separa siap yang banyak.
AWANI 7:45 [10/08/2024] – Anak mangsa suspek utama | Ancaman kepada pengguna bawah umur | Peluang tambah pingat
- Bimbang Malaysia menua, kerajaan galak pasangan tingkat kadar kelahiran
- 'Plot twist', tiga beranak maut bukan kerana kebakaran, tapi dibunuh
- Azizulhasni, Shah firdaus sandaran akhir misi emas olimpik negara
- Adele tolak lamaran peminat di konsert, sahkan telah bertunang
- 'Plot twist', tiga beranak maut bukan kerana kebakaran, tapi dibunuh
- Azizulhasni, Shah firdaus sandaran akhir misi emas olimpik negara
- Adele tolak lamaran peminat di konsert, sahkan telah bertunang
Mohamad Aniq gembira sukan angkat berat mula dapat perhatian
Angkat berat kini lebih dikenali terutamanya selepas Aniq membuktikan bahawa Malaysia mampu memberi saingan di temasya sukan terbesar dunia itu.
Komen warganet beri kesan mental terhadap atlet dianggap buli siber - Fahmi
Komen yang dikeluarkan oleh warganet terhadap para atlet Sukan Olimpik Paris 2024 di media sosial boleh dianggap buli siber sekiranya memberi kesan ke atas mental mereka.
Ucapan takziah Muhyiddin kepada Ismail Haniyeh di Facebook diturunkan tanpa sebab oleh Meta
Tiada maklumat lanjut diberikan Meta berhubung penurunan ucapan takziah di akaun Facebook bekas Perdana Menteri itu.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insiden terhadap Ismail merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji yang wajib dikecam sekeras-kerasnya.
Gantung Parlimen: 2 wakil rakyat dibenar mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Persekutuan membenarkan dua wakil rakyat memulakan semakan kehakiman bagi mencabar nasihat Muhyiddin untuk menggantung Parlimen sepanjang tempoh darurat pandemik COVID-19.
Bersatu Perak sokong pelan cadangan penyatuan Muhyiddin
Ketetapan itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Perak malam tadi.
Saya tidak fitnah Lim Guan Eng, cuma jelas tentang siasatan SPRM - Muhyiddin
Muhyiddin memberitahu bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary.
Tiada pengosongan kerusi: Bersatu ambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat
Bersatu konsisten menolak keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan menegaskan beliau tidak sepatutnya membuat keputusan sebegitu.
Pemilihan Bersatu: Peja undur diri, Hamzah bertanding Timbalan Presiden
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bakal 'naik pangkat' dan menyandang jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan akan datang.
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
Pemilihan Bersatu: Saya sudah ada 'keputusan' - Muhyiddin
'Ilham' diperoleh selepas Muhyiddin bertemu dengan sebahagian besar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini.
Kekosongan kerusi Parlimen: Kerajaan Perpaduan tak isytihar sebab takut kalah - Muhyiddin
Muhyiddin dakwa, Kerajaan Perpaduan sanggup melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuaan berkait Akta Lompat Parti.