KUALA LUMPUR:Isu kepentingan menangani ancaman siber dalam landskap digital antara perkara dibincangkan pada hari pertama sesi Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Yang Pertama (ADGMIN1) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, menerusi Twitter rasminya, memaklumkan sesi mesyuarat itu turut membincangkan kepentingan kepercayaan transaksi secara elektronik yang menjadi kerangka asas utama masyarakat dalam penerimaan transformasi digital.
Katanya, oleh itu, tatacara pentadbiran serta kaedah perpindahan data antara negara ASEAN juga akan dirangka.
Beliau berkata esok mereka akan membincangkan hasil laporan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM1) berkenaan Pelan Kerja ICT ASEAN bersama rakan dialog dari Amerika Syarikat, China, Jepun, India dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
Selain itu, Pelan Induk Digital ASEAN 2025 (ADM2025) juga akan turut dilancarkan, katanya.
Semasa berlangsungnya ADGMIN1, selain memberi taklimat mengenai pencapaian penting hasil kerjasama ICT pada 2020, Malaysia turut membentangkan draf ADM2025 untuk dipertimbangkan oleh negara anggota ASEAN.
Selesai mesyuarat ADGMIN1, para menteri dijangka mempertimbangkan untuk menguna pakai Deklarasi Putrajaya mengenai 'ASEAN - sebuah Komuniti yang Dihubungkan Secara Digital' dan Kenyataan Media Bersama ADGMIN1 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.
Mesyuarat ADGMIN1 dirasmikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021
Saifuddin berkata,tatacara pentadbiran serta kaedah perpindahan data antara negara ASEAN juga akan dirangka.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Dua pelajar Malaysia raih anugerah perak di Program ASEAN Cyberkids Camp
Program berkenaan bertujuan memantapkan jalinan kerjasama negara-negara ASEAN ke arah pembangunan ekosistem digital sebagai tunjang dalam rancangan pembangunan pasca COVID-19.
ADGMIN1 tekankan usaha perkukuh keselamatan siber - Saifuddin
Pengukuhan keselamatan siber juga merupakan satu daripada komponen penting dalam Pelan Induk Digital ASEAN 2025.
Pelan induk digital lima tahun ASEAN dilancar
ADGMIN1 muncul di saat sangat mencabar dan kritikal kerana ekosistem digital semakin penting dalam kehidupan masyarakat dan perniagaan di seluruh ASEAN.
ADGMIN1 berakhir dengan penerimaan Pelan Induk Digital ASEAN 2025
Malaysia diberi penghormatan menyelaras pembangunan ADM 2025 dengan pelan yang menyenaraikan Lapan Matlamat Keberhasilan bagi memudahkan kerjasama serantau dalam pembangunan sektor digital di ASEAN.
ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.
Isu ancaman siber antara tumpuan hari pertama ADGMIN1
Tatacara pentadbiran serta kaedah perpindahan data antara negara ASEAN juga akan dirangka.
ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.
Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean pertama bermula hari ini
ADGMIN1 bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara negara ASEAN ke arah membina ekosistem digital sebagai tonggak dalam pelan pembangunan pasca-COVID-19.