JAKARTA: Pengguna istilah 'sahabat sejati' dan 'kakak' oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi semasa sidang media bersama di Putrajaya pada Khamis mendapat sorotan media Indonesia.
Pertemuan kedua-dua pemimpin adalah yang ketiga selepas lawatan rasmi Anwar ke Indonesia pada Januari dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur bulan lepas.
DetikNews tertarik dengan istilah 'kakak' bermaksud 'abang' di Indonesia dan 'sahabat baik' yang digunakan Jokowi dalam ucapannya di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana.
Portal berita yang mengikuti sesi tersebut di YouTube BERNAMA TV melaporkan berita itu dengan tajuk, 'Jokowi Sapa PM Malaysia Anwar Ibrahim "Kakak" dan "Sahabat Baik" Saya'.
**Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, sapa merupakan perkataan untuk menegur iaitu mengajak bercakap dan sebagainya.
Berita kedua DetikNews bertajuk, 'Anwar Ibrahim Anggap Spesial Lawatan Jokowi ke Malaysia: RI Sahabat Sejati' dan Liputan6 menulis 'Jokowi Panggil PM Malaysia dengan Sebutan Kakak dan Sahabat Baik.'
Keakraban kedua pemimpin ditulis CNBC Indonesia di artikel bertajuk 'Akrab! PM Malaysia Anwar Ibrahim Sebut Jokowi Sahabat Sejati', manakala Kompas menulis 'Saat Jokowi-Anwar Ibrahim Saling Menyebut "Sahabat" Satu Sama Lain'.
Agensi berita Antara melaporkan 'Jokowi harap negosiasi perbatasan Indonesia-Malaysia selesai di eranya,' dan mencatatkan kenyataan Anwar mengenai rundingan sempadan dilakukan berlandaskan prinsip 'dua keluarga dan sahabat'.
Sebelum sidang media kedua pemimpin Anwar dan Jokowi menyaksikan pertukaran beberapa perjanjian yang ditandatangani wakil kementerian serta agensi berkaitan.
Kemudian, Anwar memulakan sesi dengan ucapan: "Rakan, sahabat sejati Presiden Republik Indonesia, Pak Jokowi."
Di awal ucapan Jokowi pula berkata: "Kakak saya, sahabat baik saya, Yang Mulia Datuk Seri Anwar Ibrahim. Merupakan kehormatan bagi saya dan delegasi berkunjung ke Malaysia membalas kunjungan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Indonesia pada bulan Januari yang lalu."
Di Istana Bogor sempena lawatan rasmi ke Indonesia, Anwar, 75, berkata 'walaupun saya sedikit tua daripada Pak Jokowi tetapi pengalaman beliau itu sangat saya hargai', yang merujuk kepada perbincangan ringkas dengan Jokowi, 61.
Semasa sidang media pagi tadi kedua pemimpin turut saling memuji kepimpinan, menyaksikan Anwar berkata Jokowi merupakan tokoh luar biasa serta sentiasa berpihak kepada rakyat.
"Acara Presiden Jokowi hari ini luar biasa, beliau mahu ke Chow Kit. Itulah sosok Presiden Indonesia ini, selain ke Istana Negara pilihannya masih terus ke medan rakyat di Kuala Lumpur," kata Anwar.
Jokowi yang menyambut baik penyelesaian rundingan sempadan di Laut Sulawesi dan Selat Melaka bahagian selatan yang tertangguh 18 tahun, berkata: "Terima kasih Anwar Ibrahim yang berkerja cepat bersama menteri-menterinya."
Majoriti media melaporkan hasil perbincangan dua hala secara terperinci termasuk perlindungan tenaga kerja Indonesia dan usaha mewujudkan Community Learning Center di Semenanjung Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 08 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Indonesia Joko Widodo ketika sidang media selepas mengadakan pertemuan di Seri Perdana hari ini. - Foto Bernama
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kembali meningkat daripada penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong permintaan baharu walaupun mata wang negara maju mencatat momentum positif.
Lima ditahan, polis beku, sita aset berjumlah lebih RM17 juta
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
Tetak guna parang persis filem gangster
Seperti dalam filem gangster. Begitu aksi sekumpulan lelaki bertopeng yang melulu masuk ke dalam sebuah restoran di Nilai, Negeri Sembilan dan bertindak menetak berkali-kali enam lelaki yang sedang menikmati hidangan dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam Khamis.
Seramai 17 individu ditahan dalam kes pindah milik tanah tidak sah di Selangor
Seramai 17 individu termasuk tujuh penjawat awam dari sebuah pejabat PTG di Selangor ditahan sehingga kini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah.
[TERKINI] Polis siasat pengesahan sijil kahwin, dakwaan anak menteri rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri.
Malaysia tiru kaedah Thailand di pekan Sungai Golok
Kaedah Thailand memasang pam bertujuan mengalirkan air yang bertakung dan membina benteng di sepanjang Sungai Golok bertujuan mengelak berlaku banjir, boleh dijadikan contoh oleh Malaysia.
Papagomo dilarang beri kenyataan terhadap Ketua Polis Negara
Mahkamah beri kebenaran permohonan Ketua Polis Negara melarang Papagomo keluar kenyataan unsur fitnah, sehingga kes saman diputuskan oleh mahkamah.
KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.
AWANI Borneo [10/01/2025] - Percepat rundingan mudah cara | Kos RM70 juta | Murid tahun 1 hingga tingkatan 4
AWANI Borneo Jumaat 10 Januari 2025 bersama Nickyson Nyambar
Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu rantau ini akan dibincang dengan PM Jepun.
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027.
BAP bagi murid tahun 1 hingga tingkatan 4 diagih bermula 13 Januari.
Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu rantau ini akan dibincang dengan PM Jepun.
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027.
BAP bagi murid tahun 1 hingga tingkatan 4 diagih bermula 13 Januari.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama pendidikan di bawah perkongsian strategik baharu
Anwar dan Ishiba membincangkan pelbagai inisiatif dalam sektor pendidikan termasuk penubuhan kampus cawangan University Tsukuba di Malaysia.
Anwar anjur majlis makan tengah hari raikan Perdana Menteri Jepun
Hubungan Malaysia-Jepun bertambah kukuh dengan peningkatan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada Disember 2023.
Kebakaran hutan Selatan California: Anwar zahir ucapan takziah
Anwar menyifatkan kebakaran hutan itu sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.
Perdana Menteri Jepun tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari.
Indonesia nyata hasrat bantu Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN - PM Anwar
Perdana Menteri berkata Indonesia telah menyatakan komitmen untuk membantu dan memberi kerjasama kepada Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Miskin tegar: 14,041 KIR dikeluarkan daripada kategori itu - Nik Nazmi
Seramai 14,041 Ketua Isi Rumah (KIR) telah dikeluarkan daripada kategori miskin tegar menerusi dua fasa tahun lepas.