Menurut jurucakapnya Daniel Hagari, serangan akan diteruskan selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menjadi sasaran serangan dron kumpulan Hezbollah.
"Menurut anggaran yang kami ada, setakat ini lebih daripada 1,500 anggota Hezbollah telah dihapuskan sejak permulaan perang. Sebahagian daripada mereka telah ditangkap dan dipindahkan untuk soal siasat lanjut.
"Dalam beberapa jam yang lalu, kami telah menyerang lima bangunan di Dahiyeh di Beirut di mana terdapat gudang-gudang penyimpanan senjata Hezbollah yang disasarkan ke arah Israel.
"Gudang-gudang ini disembunyikan di bangunan awam, seperti yang biasa dilakukan oleh Hezbollah dengan menggunakan penduduk sebagai perisai manusia," katanya.
Israel melancarkan sekurang-kurangnya 10 serangan utara ke bandar selatan Beirut, Dahiyeh.
Ia mendakwa sasaran itu mensasarkan fasiliti simpanan senjata Hezbollah.
Pencerobohan dan serangan udara Israel ke atas Lubnan sudah mengornankan 2,300 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan anggota Hezbollah.