TEL AVIV: Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Israel semakin terserlah pada Isnin apabila Washington mengetepikan dan membenarkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menggesa gencatan senjata segera di Gaza.
Keputusan AS untuk berkecuali dalam undian itu mendorong Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membatalkan lawatan yang dijadualkan ke AS oleh dua penasihat utamanya, kata dua pegawai Israel.
Berdasarkan rancangan awal, Penasihat Keselamatan Israel, Tzachi Hanegbi dan Ron Dermer, anggota kabinet perang dan penasihat rapat, Netanyahu dijadualkan berlepas ke Washington pada Isnin malam untuk membincangkan strategi serangan dan alternatif AS.
Bagaimanapun, lawatan itu dibatalkan sejurus keputusan pengundian Majlis Keselamatan diperoleh.
AS sebelum ini telah menggunakan kuasa vetonya menolak gencatan senjata.
Bagaimanapun, pendirian AS berubah minggu lalu apabila pada Jumaat, negara kuasa besar dunia itu mengemukakan resolusi gencatan senjata yang terikat dengan pembebasan tebusan.
Resolusi itu sekali gus dibenarkan apabila ia turut diveto oleh Rusia dan China.
Sikap AS yang berkecuali kali ini membenarkan resolusi terbaharu diluluskan, apabila 14 ahli majlis yang terdiri daripada 15 anggota lain mengundi bersetuju.
Duta Besar AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield berkata, walaupun resolusi terkini termasuk suntingan yang diminta oleh AS, Washington tidak boleh mengundi ya kerana ia "tidak bersetuju dengan segala-galanya."
"Gencatan senjata mungkin berlaku kira-kira beberapa bulan lalu jika Hamas bersedia membebaskan tebusan," kata duta itu sambil menyeru negara anggota dan Majlis Keselamatan untuk menuntut Hamas "menerima perjanjian di atas meja."
"Sebarang gencatan senjata mesti disertakan dengan pembebasan semua tebusan," tambahnya.
Resolusi itu, yang dikemukakan oleh 10 anggota tidak tetap Majlis Keselamatan menuntut gencatan senjata segera untuk bulan Ramadan, pembebasan segera dan tanpa syarat tebusan serta "keperluan mendesak untuk meluaskan aliran" bantuan ke Gaza.
Setiausaha Agung PBB, António Guterres menegaskan, kegagalan untuk melaksanakan resolusi itu akan "tidak boleh dimaafkan."
“Majlis Keselamatan hanya meluluskan resolusi yang telah lama ditunggu-tunggu mengenai Gaza, menuntut gencatan senjata segera serta pembebasan serta-merta dan tanpa syarat semua tebusan. Resolusi ini mesti dilaksanakan. Kegagalan tidak boleh dimaafkan,” tulis Guterres dalam hantaran di akaun media sosial X.
Kedua-dua Hamas dan pihak berkuasa Palestin mengalu-alukan resolusi itu, manakala Duta Besar Israel ke PBB, Gilad Erdan mengkritik Majlis Keselamatan kerana meluluskan langkah yang menggesa gencatan senjata "tanpa menyelaraskan pembebasan tebusan."
"Ia menjejaskan usaha untuk mendapatkan pembebasan mereka," katanya di PBB.
Menteri Luar Israel, Israel Katz pula dalam hantarannya di akaun media sosial X berjata, negaranya tidak akan mematuhi resolusi itu.
"Negara Israel tidak akan melaksanakan gencatan senjata.
“Kami akan memusnahkan Hamas dan terus berjuang sehingga tebusan terakhir pulang ke tanah air,” kata Katz.
Sementara itu, pentadbiran Presiden AS, Joe Biden membuat pilihan untuk berkecuali daripada memveto resolusi Majlis Keselamatan PBB pada hujung minggu berikutan mereka berpeluang mengubah bahagian tertentu teks resolusi itu, menurut seorang pegawai kanan pentadbiran.
Satu lagi sumber menegaskan kepada CNN, AS telah merancang untuk menggunakan kuasa veto, tetapi terdapat usaha diplomatik yang intensif yang berusaha berkompromi sekali gus meletakkan mereka dalam kedudukan berkecuali.
Pada awalnya, teks itu menuntut gencatan senjata kekal dan tidak menyebut rundingan untuk membebaskan tebusan dan AS berjaya mendorong teks itu berubah supaya ia merujuk gencatan senjata yang berkekalan dan merangkumi bahasa mengenai usaha pembebasan tebusan yang sedang dijalankan, kata pegawai itu.
Atas sebab itu, AS percaya bahawa resolusi itu konsisten dengan dasar AS, kata pegawai berkenaan mengenai sentimen yang disuarakan oleh Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.
“Oleh kerana teks terakhir tidak mempunyai bahasa utama yang kami lihat sebagai penting, terutamanya kritikan terhadap Hamas, kami tidak dapat menyokongnya.
“Kegagalan untuk mengkritik Hamas ini amat sukar untuk difahami beberapa hari akan datang selepas dunia sekali lagi menyaksikan tindakan ngeri yang dilakukan oleh kumpulan pengganas,” kata Blinken dalam satu kenyataan.
Undian PBB pada hari Isnin dicapai ketika ketegangan semakin memuncak berhubung operasi ketenteraan Israel di bandar selatan Gaza, Rafah.
AS telah menyeru Israel untuk menjelaskan bagaimana ia akan melindungi 1.4 juta rakyat Palestin yang mencari perlindungan di sana menjelang pencerobohan yang dijangkakan, yang AS sifatkan "akan menjadi satu kesilapan."
Duta Besar PBB untuk Wilayah Palestin, Riyad Mansour berkata, keputusan itu merupakan satu undi "untuk kehidupan yang berterusan."
“Ia telah mengambil masa enam bulan bagi Majlis Keselamatan untuk menuntut gencatan senjata segera dengan "lebih 100,000 nyawa terkorban dan cacat, dua juta kehilangan tempat tinggal serta kebuluran," kata Riyad. - Agensi
Agensi
Mon Mar 25 2024
Ketegangan antara Amerika Syarikat dan Israel semakin terserlah pada Isnin apabila Washington mengetepikan dan membenarkan Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi menggesa gencatan senjata segera di Gaza. - Gambar Reuters
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Tian Chua, pakar seru tindakan ekonomi lebih tegas terhadap Israel di persidangan Palestin
Situasi di Gaza boleh dianggap sebagai definisi sebenar genosid, tegas bekas Ahli Parlimen Batu itu.