VIENNA: Pihak berkuasa di Iran telah melucutkan pentauliahan pakar yang memeriksa senjata nuklear negara itu, kata Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Sabtu, lapor Agensi Berita dpa.
Ketua IAEA Rafael Grossi menyelar langkah itu dan menyifatkannya sebagai "tidak seimbang dan tidak pernah berlaku sebelum ini."
"Ini menjejaskan perancangan dan pengendalian biasa aktiviti pengesahan agensi itu di Iran dan secara terbuka bercanggah dengan kerjasama yang sepatutnya wujud antara agensi dan Iran," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, akreditasi seorang pemeriksa telah pun ditarik balik.
Walaupun langkah itu dibenarkan secara rasmi, namun Grossi mengkritik Iran kerana menghalang IAEA untuk menjalankan pemeriksaannya dengan berkesan di Iran.
"Dengan keputusan hari ini, Iran telah mengeluarkan kira-kira satu pertiga daripada kumpulan pemeriksa teras yang paling berpengalaman yang ditetapkan oleh agensi untuk Iran," kata Grossi.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan berapa jumlah pemeriksa yang kini berada di negara itu.
"Keputusan Iran itu amat dikesali ini dan satu lagi langkah ke arah yang salah...menjejaskan hubungan yang sudah sedia tegang antara IAEA dan Iran," tambah Grossi.
Beliau menyeru negara itu untuk menimbang semula keputusannya.
Pada 2015, Teheran menandatangani perjanjian nuklear untuk menyekat pengayaan uranium secara drastik dan membenarkan pemeriksaan IAEA.
Langkah itu bertujuan untuk menyekat senjata nuklear di negara itu.
Selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada perjanjian itu pada 2018 di bawah presiden ketika itu Donald Trump, Tehran mula memperkaya uranium kepada ketulenan hampir gred senjata dan menyekat pemeriksaan IAEA.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023

Ketua IAEA Rafael Grossi (gambar) menyelar langkah Iran itu dan menyifatkannya sebagai "tidak seimbang dan tidak pernah berlaku sebelum ini." - Foto Reuters
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Trump sedia buat perjanjian dengan Iran, daripada ambil tindakan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyatakan kesediaan beliau untuk membuat satu perjanjian dengan dengan Iran sebagai alternatif kepada tindakan ketenteraan.

Piala Dunia 2025: Malaysia tutup kempen kumpulan tanpa sebarang mata
Malaysia ketinggalan pada minit ke-10 menerusi gol pukulan sudut penalti oleh Seyedmohammad Ghoreishiroudbaraki.

Di sebalik 'tekanan maksimum' AS ke atas Iran, Trump mahu baiki hubungan dengan Tehran
Bagaimanapun, Presiden AS mengingatkan Tehran tidak boleh miliki senjata nuklear.

Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.

IG Arif Aiman kena serbu penyokong Iran
Arif Aiman Hanapi, diserbu beramai-ramai oleh peminat bola sepak dari Iran, terutama penyokong Persepolis.

Malaysia gariskan visi kepengerusian ASEAN 2025 dalam persidangan di Tehran
Ia menyerlahkan visi Malaysia yang bertemakan 'Keterangkuman dan Kemampanan' sebagai asas penyatuan untuk penglibatan serantau dan global.

Malaysia perkukuh hubungan dengan Iran, sasar wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama utama
Malaysia kini mempergiat usaha memperkukuh hubungan ekonomi dan budaya dengan Iran, dengan mengenal pasti Wilayah Gilan sebagai pusat kerjasama strategik baharu.

AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi
Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.

Warga Lubnan diseru keluar dari cengkaman Iran
Gantz berkata Lubnan perlu membentuk kerajaan yang stabil serta memperkukuhkan peranan tentera Lubnan.