Langkah ini dilakukan sebagai salah satu kaedah dalam penjimatan kos menjelang 2025.
Di samping itu, Intel juga akan mengurangkan perbelanjaan pemasaran serta penyelidikan sehingga ke tahun 2026 akan datang.
Penstrukturan semula syarikat tersebut juga dijangka melibatkan penghentian sejumlah pekerjaan yang tidak penting, serta akan melihat kembali kepada pelbagai projek yang sedang aktif dibangunkan.
Melalui penyata kewangan terkini, Intel mengumumkan kerugian sebanyak $1.6 bilion untuk tempoh suku kedua 2024.
Intel juga dilihat tidak begitu menerima kesan daripada permintaan tinggi dalam arena kecerdasan buatan – yang mana diterajui oleh pelbagai pengeluar cip pemprosesan yang lain.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan adakah penstrukutran semula syarikat berkenaan akan berjaya memulihkan kembali syarikat tersebut atau sebaliknya. -Amanz